Hi! Welcome Back and Stay Tune! Carbon 1 Mark II Ialah Telefon Dengan Tubuh Monokok Gentian Karbon Pertama Dunia - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Carbon 1 Mark II Ialah Telefon Dengan Tubuh Monokok Gentian Karbon Pertama Dunia


Tahun lalu Carbon 1 Mark II diperlihatkan buat pertama kalinya oleh Carbon, sebuah syarikat yang berpangkalan di Jerman. Selepas setahun semalam barulah Carbon 1 Mark II dilancarkan secara rasmi menjadikannya telefon pintar pertama dunia dengan rekaan tubuh monokok gentian karbon.

Tiada bingkai besi digunakan pada peranti ini. Sebaliknya kesemua komponen dipasang terus pada kerangka tahan lasak gentian karbon yang digunakan. Menurut Carbon, mereka mengambil masa empat tahun untuk memperhalusi rekaan monokok gentian karbon yang digunakan. Hasilnya ialah ia antara telefon pintar paling ringan dunia kerana hanya seberat 125 gram- sekitar separuh berat iPhone 12 Pro Max.

Dari segi spesifikasi ia dilengkapi skrin 6″ AMOLED FHD+, dijana cp MediaTek Helio P90, memori sebesar 8GB RAM LPDDR4X, memori 256GB UFS 2.1 dan bateri sebesar 3000 mAh yang menyokong pengecasan pantas.

Kamera pula ada 16+16 MP pada bahagian belakang dan 20MP pada bahagian hadapan yang diletakkan pada bahagian dahi yang agak besar. Mengecewakan sekali peranti dilancarkan dengan Android 10 tetapi Carbon akan menyokong kemas kini perisian sehingga dua tahun. Lebih mengecewakan ialah ia sekadar menyokong 4G dan WiFi 5 walaupun dilancarkan pada tahun 2021.

Pra-tempahan telah dibuka dengan harga jualan €799 (~RM3900) sebuah. Satu perkara yang dipinjam Carbon 1 Mark II dari pengeluar lain ialah tiada pengecas disertakan dengan setiap pembelian.



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!



No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.