Hi! Welcome Back and Stay Tune! Samsung Berkongsi Berkenaan Perang Megapixel Pada Kamera Telefon - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Samsung Berkongsi Berkenaan Perang Megapixel Pada Kamera Telefon


Telefon pintar kini bukan sahaja menjadi medium untuk komunikasi, tetapi digunakan lebih daripada itu. Ciri rakaman gambar atau video untuk mendokumenkan sesuatu perkara juga telah menjadi salah satu ciri utama yang dilihat ramai sebelum mendapatkan sesuatu peranti.

Baru-baru ini, wakil Samsung, Sungdae Cho – Timbalan Presiden dan Ketua Samsung Mobile Visual Software R&D telah berkongsi beberapa perkara menarik berkaitan perkembangan arena kamera di telefon pintar.

Boleh terangkan kenapa megapixel memainkan peranan penting pada kualiti telefon pintar?

Setiap kamera telefon pintar mempunyai sensor yang dibina dengan pixel yang sensitif cahaya, yang merakamkan cahaya apabila memasuki kamera. Lebih tinggi bilangan megapixel pada sensor kamera, lebih tinggi kejelasan yang boleh dirakamkan pada gambar dan resolusinya. Dengan telefon pintar menjadi peranti utama untuk merakamkan, menyunting dan berkongsi gambar, kejelasan sesuatu gambar yang dirakam adalah penting – mmaka bilangan megapixel juga telah menjadi keutamaan dalalm memastikan ketajaman dan kejelasan gambar.

Adakah Kita Akan Melihat Perkembangan Kamera Berkuasa Pada Siri Galaxy A?

Kami terus membangunkan dan membawa inovasi pada semua produk kami, dalam memberikan pengalaman baik kepada pengguna pada setiap tahap harga pemmbelian. Malah, sejumlah peranti dibawah siri Galaxy A telah menerima naik-taraf kamera, termasuk Galaxy A02s, A12, dan A32 5G – semua hadir dengan kamera berkuasa untuk merakamkan gambar yang baik pada kualiti lebih baik.

Galaxy A32 5G sendiri hadir dengan kamera ultra-lebar 8MP, sementara A12 pula hadir dengan kamera ultra-lebar 5MP yang memudahkan rakaman gambar landskap. Ke semua tiga model ini turut hadir dengan sensor 2MP untuk fokus yang lebih baik, sementara Galaxy A32 5G turut hadir dengan sensor makro untuk merakamkan gambar dengan lebih dekat dan jelas.

Adakah Samsung bekerjasama dengan platform media sosial seperti Instagram dalam menambah-baik kualiti gambar yang dikongsikan melaluinya?

Kami sering berusaha untuk menawarkan kualiti rakaman gabar yang tinggi pada keadaan menggunakan HDR atau pencahayaan rendah – walaupun ketika menggunakan aplikasi pihak ketiga. Dengan populariti aplikasi seperti Instagram dan Facebook, kami merancang untuk terus menambah-baik pengoptimasian dari semasa ke semasa.



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!



No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.