LG Mungkin Menarik Dari Dari Perniagaan Telefon Minggu Depan – Semua Kemaskini Terhenti
Ura-ura LG akan menarik diri dari pasaran telefon pintar mula kedengaran pada penghujung 2020. Ia kemudiannya disangkal sebelum muncul ura-ura ia akan berlaku selepas LG gagal mencari pembeli kepada perniagaan mereka. Kini muncul ura-ura mereka akan akhirnya mengumumkan penarikan diri pada Isnin hadapan.
Ini akan menjadikan LG Wing telefon pintar terakhir yang dikeluarkan oleh mereka. Lebih merisaukan dengan penarikan ini, kesemua peranti yang telah dijual tidak akan lagi menerima kemas kini sistem operasi. Ini adalah situasi yang seperti yang berlaku kepada pemilik peranti Essential selepas ia turut gulung tikar. Sekiranya ura-ura in benar, ia adalah satu lagi jenama pengeluar telefon pintar yang suatu ketika dahulu disegani tetapi kini tidak lagi relevan.
✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz
🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻♀️ Enjoy Surfing!
Post a Comment