ZTE Watch GT Turut Diumumkan – Skrin AMOLED, 16 Mod Sukan, Ketahanan Bateri Sehingga 15 Hari
Selain daripada Siri ZTE S30, rangkaian peranti boleh-pakai jenama ini turut meneriman tambahan satu lagi model baharu. Dikenali sebagai ZTE Watch GT, jam tangan ini menampilkan reka bentuk klasik dengan muka jam berbentuk bulat bersama dua butang fizikal yang terbina pada sisi muka jam.
Untuk spesifikasi khusus, ZTE Watch GT menggunakan skrin bersaiz 1.39-inci AMOLED dengan resolusi 454 X 454 piksel. Seterusnya, bezel jam tangan ini diperbuat daripada aloi aluminium, sementara itu talinya pula berasaskan bahan silikon.
Seperti sejumlah jam tangan lain, ZTE Watch GT turut dilengkapi sejumlah sensor terbina bertujuan untuk pemantauan kesihatan dan beberapa lagi aktiviti tambahan. Ini termasuklah pengesanan kadar jantung, spO2 untuk pengesanan ketepuan oksigen dalam darah, pemantauan corak tidur dan banyak lagi.
Tidak ketinggalan, ia juga menyokong sehingga 16 mod sukan berbeza, sokongan untuk sistem GPS, kemampuan kalis air 50 meter dan ketahan bateri sehingga 15 hari. Untuk harganya, ZTE Watch GT dijual di China pada harga RMB599 (~RM380) untuk seutas.
✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz
🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻♀️ Enjoy Surfing!
Post a Comment