McDonald’s Tidak Boleh Dipesan Menerusi GrabFood Sehingga 5 April
Dengan adanya perkhidmatan penghantaran makanan yang efisien, GrabFood menjadi antara platform paling popular sepanjang pandemik. Kami sendiri menghabiskan ratusan ringgit di platform ini kerana masih fobia untuk pergi ke restoran. Tetapi bagi mereka yang kerap memesan makanan McDonald’s menerusi GrabFood, ada sedikit berita buruk buat anda.
Diantara 1 hingga 5 April ini, menu McDonald’s tidak boleh dipesan menerusi GrabFood. Tiada sebab diberikan pada waktu ini tetapi kami telah menyedari McMakanan sudah beberapa kali tidak boleh dipesan di GrabFood sejak akhir-akhir ini terutamanya ketika waktu puncak. Sungguhpun begitu pesanan menerusi aplikasi McDelivery masih boleh dilakukan sekiranya anda masih memerlukan penghantaran terus ke rumah.
✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz
🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻♀️ Enjoy Surfing!
Post a Comment