Hi! Welcome Back and Stay Tune! OnePlus 9 Pro Dilihat Menggunakan Kamera 50MP, Menyokong Rakaman Video 8K 30FPS Dan 4K 120FPS - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

OnePlus 9 Pro Dilihat Menggunakan Kamera 50MP, Menyokong Rakaman Video 8K 30FPS Dan 4K 120FPS


OnePlus 9 Pro adalah peranti mercu baharu OnePlus, yang mana dikhabarkan akan memfokuskan kepada kamera lebih-lebih lagi videografi. Ia juga akan menggunakan rekaan yang lebih dekat dengan Oppo Reno5, di mana setiap lensa timbul keluar seakan iPhone.

Siri OnePlus 9 akan dilancarkan pada bulan ini. Terkini, spesifikasi kamera peranti ini dan sedikit spesifikasi lain telah tertiris melalui beberapa tangkapan layar dari peranti yang dikatakan OnePlus 9 Pro. Peranti ini akan terus menjalankan sistem operasi Android 11.

Skrin adalah 6.7-inci Fluid AMOLED dengan kadar segar semula 120Hz. Dijana cip Snapdragon 888 dan masih menawarkan memori 8GB RAM dan storan dalaman 128GB. Kamera pula dilihat adalah tetapan kuad-kamera dari lensa  48MP + 50MP + 8MP + 2MP. Lensa 50MP mungkin lensa baharu yang digunakan oleh Oppo.

Kemampuan rakaman video pula dilihat menyokong 4K 120FPS dan juga 8K 30FPS. Dahulu semasa zaman OnePlus One, OnePlus sudah menawarkan rakaman 4K 60FPS dan ia adalah antara yang terbaik. Mampukah 8K menjadi mod rakaman terbaik peranti OnePlus? Sama-sama kita nantikan.



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!



No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.