RedMagic Watch Bakal Hadir Ketahanan Bateri Sehingga 15 Hari Dan 16 Mod Sukan Berbeza
Selain daripada perancangan untuk pengenalan Nubia Red Magic 6, jenama ini juga bakal hadir dengan peranti boleh-pakai baharu – yang akan dikenali sebagai RedMagic Watch. Rekaaannya juga sebelum ini telah tertiris – yang menampil reka bentuk klasik dengan skrin berbentuk bulat.
Kini, sedikit demi sedikit spesifikasi pada jam tangan berkenaan mula dikongsi. Selain daripada hadir dengan skrin bersaiz 1.39-inci bersama panel sejenis AMOLED. Red Magic Watch juga akan hadir dengan rekaan yang nipis serta minimalis bersama berat sekitar 30 gram. Menurut Ni Fei selaku Pengerusi ZTE, skrin ini juga menyokong fungsi paparan rehat sepanjang hari – bertujuan untuk keselesaan mata pengguna dan pengalaman penggunaan lebih baik.
Ia juga akan dilengkapi sehingga 16 mod sukan terbina – termasuklah mod bola sepak. Mod ini dikhabarkan mampu mengukur keadaan keseluruhan sukan berkenaan melalui penjejakan GPS – seperti jarak, jejak, perubahan kadar jantung dan sebagainya. Tidak ketinggalan, ia juga menyokong perlindungan kalis air 50 meter yang boleh dibawa untuk berenang. Keupayaan baterinya pula dikhabarkan mampu bertahan sehingga 15 hari.
✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz
🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻♀️ Enjoy Surfing!
Post a Comment