Hi! Welcome Back and Stay Tune! Redmi Note 10 Akan Menggunakan Skrin AMOLED Dan Cip Snapdragon 678 - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Redmi Note 10 Akan Menggunakan Skrin AMOLED Dan Cip Snapdragon 678


Siri Redmi Note 10 akan dilancarkan dalam masa beberapa hari sahaja lagi, iaitu 4 Mac ini. Ia akan mempunyai beberapa variasi dan salah satu akan menggunakan kamera 108MP. Pengganti siri Redmi Note 9 ini juga akan mempunyai satu variasi dengan cip MediaTek Dimensity 820.

Terkini, tertiris imej peranti Redmi Note 10 dengan kotak pembungkusan peranti ini. Ini mungkin adalah variasi yang paling asas, kerana ia diperlihat dijana dengan cip Qualcomm Snapdragon 678 yang dilancarkan pada hujun tahun 2020. Cip ini adalah pengganti kepada cip Snapdragon 675. Bukan itu sahaja, buat pertama kali juga siri Redmi Note akan menggunakan skrin AMOLED – kerana Redmi Note 10 ini dilihat menggunakan panel 6.43-inci DotDisplay AMOLED.

Bateri pula adalah 5000mAh dengan sokongan pengecasan pantas 33W, dan menggunakan kamera utama 48MP. Sistem operasi pula adalah MIUI 12 berasaskan Android 12. Harga jualan masih menjadi misteri, tetapi pasti ia adalah mampu milik. Sama-sama kita nantikan.



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!



No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.