Hi! Welcome Back and Stay Tune! Ustaz Idris Ahmad Memberi Amaran Kepada Lim Guan Eng - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Ustaz Idris Ahmad Memberi Amaran Kepada Lim Guan Eng


 

(Malaysia Today) – Naib Presiden PAS, Senator Ustaz Idris Ahmad memberi amaran kepada Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng supaya tidak menyamakan isu lompat parti dengan larangan dalam Islam membabitkan murtad.

Katanya, adalah tidak boleh disamakan orang yang lompat parti dengan larangan murtad dalam Islam yang sememangnya sudah sedia ada.

“Kalau nak buat perbandingan pun, kenapa undang-undang kes terowong ada? Kenapa pula (undang-undang) lompat parti tidak ada? Yang tu boleh buat perbandingan,” katanya dalam satu kenyataan di Facebook.

Beliau berkata demikian bagi menjawab Guan Eng yang mempersoalkan Islam tidak dibenarkan murtad, kenapa dalam politik boleh dibenarkan melompat parti.

Isnin lalu, Guan Eng membidas kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Dato’ Seri Takiyuddin Hassan yang mengatakan tindakan lompat parti tidak boleh dihalang kerana perbuatan tersebut tidak bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan.

Mengulas lanjut, Idris turut mempersoalkan kenapa sekarang Guan Eng bersungguh bercakap isu lompat parti sedangkan selama 22 bulan Pakatan Harapan (PH) menjadi kerajaan tidak pula dibangkitkan isu itu.

Malahan, katanya isu lompat parti membabitkan Adun Umno PH sehingga terbentuknya kerajaan negeri Perak selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) tidak pula dipersoalkan.

 



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Malaysians Must Know the TRUTH

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!




No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.