Hi! Welcome Back and Stay Tune! Apabila Menteri Agama Kurang Peka 'All Expenses Paid Trip' Serta Maksud Persepsi Umum - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Apabila Menteri Agama Kurang Peka 'All Expenses Paid Trip' Serta Maksud Persepsi Umum


 would like to state here that every programme and important meetings concerning haji, umrah and Islamic affairs during my trip in Saudi Arabia was arranged and fully sponsored by the Muslim World League.





Religious Minister explained trip to Saudi fully sponsored by Muslim World League

refuted private jet, he took commercial flight by Saudi Airlines

flight from Riyadh - Madinah in the video fully managed by Muslim World League

fully sponsored trip sign of respect by Saudi Royalty, govt, Muslim World League

I would like to state here that every programme and important meetings concerning haji, umrah and Islamic affairs during my trip in Saudi Arabia was arranged and fully sponsored by the Muslim World League.

I see this as a sign of respect by the Royalty, Saudi govt and Muslim World League 

accusations I misused public funds to board luxurious plane there, isn't true 

My comments: 

Kepada Dato Menteri Agama. Tuan kurang faham bahawa lawatan tuan ke Arab Saudi sebenarnya adalah urusan bisnes atau business trip di mana isu kuota haji, bayaran "yuran" pakej haji kepada kerajaan Arab Saudi dsbnya telah dibincang. 

"Jemputan" oleh Arab Saudi adalah untuk putuskan isu duit. It is all about money. 

Tuan harus faham bahawa kerajaan Arab Saudi mempunyai kuasa mutlak naikkan 'yuran' naik haji ke tanah mereka. Sebab itu juga kos pakej haji makin bertambah dan naik harganya. 

Ikut website Tabung Haji (https://www.tabunghaji.gov.my/ms/haji/kos-haji-dan-bayaran)

"Kos langsung Jemaah Muassasah terdiri daripada kos penerbangan, kos pengangkutan, kos penginapan di Mekah dan Madinah, kos makan minum dan bayaran kepada pihak berwajib di Arab Saudi.."

Tuan harus jelaskan apa maksudnya :    "dan bayaran kepada pihak berwajib di Arab Saudi" ??

Ikut website Tabung Haji kos pakej haji sekarang hampir RM23,000 seorang. Hampiri harga beli kereta Perodua Axia baru. Kalau sepasang laki-bini saja kosnya adalah RM46,000.  


Kenyataan "Tanggungan Kos TH" itu adalah sangat kurang tepat. TH adalah simpanan 'tabung' dana oleh bakal jemaah haji. Maksudnya segala duit dalam TH adalah kepunyaan jemaah yang simpan duit dalam Tabung Haji. (Dan mungkin ditambah duit peruntukan Bajet Kerajaan - maksudnya duit rakyat juga. Duit bapak kita.)

Jadi TH tidak boleh 'tanggung kos' apa pun. Kesemua 100% duit dalam Tabung Haji itu adalah duit bapak kita. Bukan duit Tabung Haji pun. Maksudnya kita yang tanggung semua kos RM22,900 untuk naik haji itu. 

Apa yang TH perlu jelaskan ialah daripada kos pakej haji RM22,900 itu berapa banyak kah bayaran kepada pihak berwajib di Arab Saudi" ??   

Setiap tahun kos untuk "naik haji" pun naik juga. 

Pada tahun ini sepatutnya Arab Saudi mesti beri diskaun bayaran oleh jemaah haji seluruh dunia kerana masalah Covid yang telah haramkan atau kurangkan penerbangan antarabangsa dan pergerakan manusia termasuk untuk berhaji dan umrah. Hotel seluruh dunia semua kosong dan pesawat penerbangan semua tidak bergerak pun. 

Jadi Tuan Menteri Agama, jangan pula dalam keadaan Covid ini Arab Saudi naikkan lagi bayaran kepada pihak berwajib di Arab Saudi" ! !

Sebab itulah Arab Saudi begitu rela, sudi, seronok dan merasa berbaloi dan menguntungkan untuk belanja fully sponsored lawatan Menteri Agama kita yang kurang peka.  Mereka telah memberi 'suapan' atau gratification kepada Tuan Menteri Agama. Arab Saudi hanya mencari untung. Tentu sekali pihak Arab Saudi rela "melayan" Menteri kita dengan segala keselesaan dan kemewahan sebab mereka mencari keuntungan daripada lawatan Menteri itu.

Percayalah bahawa Arab Saudi tidak akan fully sponsor lawatan Menteri Agama sekiranya fully sponsor mereka itu tidak membawa untung bagi mereka.  Segalanya adalah untuk membuat duit. Tambah lagi ekonomi Arab Saudi sedang menghadapi banyak masalah dan kemelesetan. 

Dalam dunia bisnes dan perniagaan 'cuti dan lawatan fully sponsored  dibenarkan bagi sesebuah syarikat  untuk menghargai pencapaian pekerja, staff dan agen mereka.  Contohnya jika seorang salesman atau agen jualan berjaya mencapai kuota dan sales targets menjual sesuatu produk maka syarikat itu mungkin memberi ganjaran 'free holiday' ke luar negara kepada salesman dan agen jualan yang successful itu. Tetapi ini adalah sistem yang transparent sebab sasaran kuota jualan dimaklumkan kepada semua pekerja dan salesman daripada awal lagi. Tidak ada rahsia atau subahat jahat. Maksudnya syarikat itu telah pun mendapat keuntungan besar daripada prestasi salesman dan agen jualan mereka. Jadi mereka berkongsi-lah sedikit keuntungan itu dengan salesman dan agen jualan.

Tetapi 'suapan' seperti ini tidak dibenarkan antara syarikat yang berlainan. Contohnya jika manager syarikat pembangunan diberi 'fully sponsored free holiday' oleh syarikat pembekal simen atau besi dan keluli. Itu adalah suapan atau rasuah. 

Dan begitu juga pegawai Kerajaan (dan Menteri) tidak dibenarkan menerima satu sen pun hadiah (gift) atau sebarang jenis "gratification" (suapan) daripada sesiapa pun  untuk menjalankan tugas mereka. Sebarang perbuatan seperti itu adalah rasuah.

Jika Menteri Agama kita masih kurang faham, cuba bayangkan keadaan jika Menteri Pertahanan kita diberi "fully sponsored trip" oleh agensi Amerika Syarikat (contohnya) untuk melawat ke Amerika Syarikat untuk rundingan pembelian senjata atau pesawat kapalterbang atau kapal dan sebagainya. Tidak ada sedikitpun keraguan bahawa perbuatan seperti itu melibatkan suapan dan rasuah. Tujuan mereka (sebagai contoh sahaja) adalah untuk 'memberi makan rasuah' kepada Menteri Pertahanan untuk membeli produk mereka.  Tentu sekali pihak Amerika akan rela "melayan" Menteri Pertahanan kita dengan segala keselesaan dan kemewahan sebab mereka mencari keuntungan daripada lawatan itu.

Satu lagi contoh - katakanlah Menteri Perdagangan menerima tawaran lawatan 'fully sponsored' oleh agensi kerajaan negeri China untuk ke Beijing untuk membincangkan isu perdagangan dua hala China dan Malaysia. Tentu sekali pihak China akan rela "melayan" Menteri kita dengan segala keselesaan dan kemewahan sebab mereka mencari keuntungan daripada lawatan itu.

Segalanya melibatkan duit. It is all about money. Tambah lagi 'no money no religion'. 

Saya diberi faham bahawa mengikut SOP Jabatan Perkhidmatan Awam, semua pegawai kerajaan dan Penjawat Am (civil servants) tidak dibenarkan menerima atau mengambil sebarang jenis hadiah atau habuan daripada sesiapa pun.  Sebab perbuatan seperti itu boleh membawa kepada suapan dan rasuah.

Akhir kalam, persepsi umum (public perception) terhadap Menteri dan pegawainya akan menjadi kurang baik jika kos haji dan umrah tetap naik juga terutama sekali setelah Menteri mendapat 'fully sponsored trip' yang telah dibayar oleh pihak Arab Saudi.

Apakah sebabnya Menteri Agama tidak dapat diskaun harga pakej haji dan umrah daripada pihak Arab saudi memandangkan hotel dan pesawat penerbangan diseluruh dunia (termasuk Mekah dan Madinah) semua kosong akibat Covid19? 

The views expressed are those of the writer and do not necessarily reflect those of MMKtT.



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Malaysians Must Know the TRUTH

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!




No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.