Hi! Welcome Back and Stay Tune! Bukan senang nak tinggalkan kesenangan - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Bukan senang nak tinggalkan kesenangan


 

Memang tepat saranan Tengku Razaleigh Hamzah semua menteri dan timbalan menteri Umno mesti letak jawatan dengan segera berikutan pendirian parti memutuskan kerjasama dengan PPBM .

“Jika tidak, dia (menteri dan timbalan menteri) tidak bersama kita kerana ini keputusan parti,“ kata Ku Li ketika ditemui media di Perhimpunan Agung Umno tempoh hari. Ini soal kesetiaan maka memang lojik, kata beliau, kerana orang parti kenalah patuh keputusan parti.

Lantas wartawan veteran A Kadir Jasin membuat hantaran Facebook berbunyi: “Kita tengok yang mana menteri dan timbalan menteri Umno utamakan – keputusan PAU keluar PN atau kerusi empuk dan gaji lumayan.”

Benar. Ramai antara kita yang memerhati apa yang akan mereka lakukan. Kita tahu bukan senang nak lepaskan pelbagai kenikmatan yang dikecapi sejak setahun lalu setelah kempunan akibat kekalahan pilihan raya 2018.

Apakah yang menteri dan timbalan menteri Umno sudah lakukan setelah Tengku Razaleigh membuat saranannya? Tidak lakukan apa-apa. Mereka kekal di kerusi empuk dan bergaji lumayan, meminjam istilah Kadir.

Bagi Nazri Aziz, pemimpin Umno yang pernah jadi menteri zaman pemerintahan BN dulu, “mereka yang tak berani letak jawatan pengecut dan tak setia.”

Rasanya ramai yang sependapat dengan Nazri.

Tetapi menteri dan timbalan menteri Umno yang tidak letak jawatan tampil dengan alasan. Bahawa mereka sedang fokus kepada tugas, mahu bantu pulihkan ekonomi, tidak mahu pentadbiran negara terjejas, mereka berkorban demi rakyat.

Ramai termasuk saya tersenyum lebar mendengar alasan itu. Tidak berhasrat saya mengulas. Cuma menegaskan pentadbiran kerajaan boleh bergerak seperti biasa tanpa menteri kerana ia dijalankan perkhidmatan awam. Menteri baru boleh dilantik segera untuk menggantikan mana-mana menteri yang letak jawatan.

Akan tetapi ada alasan lain yang diberi mereka yang ada lojiknya. Kata mereka, Umno sendiri menegaskan tidak akan bekerjasama dengan PPBM hanya pada PRU15 dan putusnya hubungan dengan PPBM ialah apabila Parlimen dibubarkan. Mereka merujuk keputusan Majlis Kerja Tertinggi Umno sebelum ini.

Ketetapan MKT itu dilihat masih terpakai manakala PAU memberi mandat kepada picuk pimpinan menetapkan tarikh atau “timeline” hubungan dengan PPBM dihentikan. Sehingga garis masa ditetapkan menteri dan timbalan menteri, kata mereka, kekal di kedudukan masing-masing. Hujah yang susah untuk Umno menidakkan.

Menteri serta timbalan menteri Umno akan hanya letak jawatan sekarang jika diarah kepimpinan parti. Jelas semuanya cakap pada aspek “hitam putih”. Soal hati nurani atau “conscience” diketepikan.

Nazri yang pernah mencabar mereka letak jawatan berang terhadap Ahmad Zahid Hamidi, presiden Umno, yang kata beliau “tidak ada kepimpinan untuk mengarahkan mereka berbuat demikian” yakni letak jawatan.

Adakah Zahid akan mengeluarkan arahan itu sekarang? Apa tah lagi setelah menteri Umno menemui perdana menteri sehari selepas PAU. Seorang bekas aktivis Umno menyifatkan langkah menteri Umno pergi “mengadap PM satu tamparan buat Zahid”.

Apa pun, menurut Muhyiddin Yassin, mereka datang “meminta nasihat saya mengenai kedudukan mereka dalam Jemaah Menteri berikutan keputusan PAU bahawa parti itu akan memutuskan hubungan dengan PPBM dalam PRU15.”

Menerusi kenyataannya yang dikeluarkan selepas pertemuan itu, Muhyiddin berkata “atas nasihat yang saya berikan, kesepakatan telah dicapai bahawa semua menteri Umno akan terus kekal berada di dalam Jemaah Menteri.”

Dalam erti kata lain, tiada siapa yang akan atau perlu letak jawatan. Bagaimanapun perdana menteri tidak memberitahu sampai bila pak menteri Umno boleh “terus kekal” dalam Jemaah Menteri.

Tindakan beliau boleh dilihat sebagai sesuatu yang dibuat untuk menjaga air muka menteri Umno. Mereka kini boleh beritahu khalayak bahawa mereka kekal atas “nasihat” perdana menteri. “Nasihat” boleh juga ditafsir sebagai “permintaan”.

Mungkin juga kenyataan Muhyiddin boleh diterjemah sebagai langkah “memecah belah” Umno yang semenangnya sudah retak. Mungkinkah ia akan memaksa Zahid mengambil tindakan drastik ke atas menteri dan timbalan menteri Umno?

Mungkinkah antara langkah drastik itu ialah memecat golongan berkenaan? Ini akan membolehkan mereka menyertai PPBM sambil berkata bukan mereka yag mahu tinggalkan Umno tetapi dipaksa Zahid untuk keluar Umno.

Beliau akan dituduh sebagai pendendam dan bertindak memecahbelahkan parti serta tidak peduli perpaduan Melayu.

Bagaimanapun perlu diingat, presiden Umno punyai banyak pilihan dan kelebihan. Mungkinkah beliau akan memerap atau peti sejukkan semua menteri dan timbalan menteri Umno dalam parti sehingga PRU15, dan apabila PRU menjelma mereka tidak dijadikan calon?

Lalu terbantutlah karier politik masing masing. Sekurang-kurangnya buat seketika. Sebelum gerakan lain direncana. Waullahualam. - FMT

Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mewakili MMKtT.



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Malaysians Must Know the TRUTH

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!




No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.