Lenovo Legion 2 Pro Sah Dijana Snapdragon 888 – Turut Hadir Dengan Sistem Dwi-Kipas Penyejuk
Lenovo Legion adalah telefon pintar memfokuskan permua pertama dari Lenovo bagi bersaing dengan Red Magic, Black Shark dan Asus ROG Phone. Ia juga menggunakan sistem kamera pop-naik yang berbeza, yang mana keluar dari sisi peranti. Ia adalah satu-satunya konsep peranti gaming yang masuk akal, kerana kebanyakan permua dimainkan dengan cara melintang.
Lenovo Legion 2 Pro sudah disahkan akan dilancarkan di China pada 8 April kelak. Tetapi sayang sekali tidak banyak butiran yang dikongsi. Terkini, Lenovo Legion China melalui Weibo mereka telah sahkan yang peranti ini akan dijana dengan cip tidak lain dan tidak bukan – Qualcomm Snapdragon 888. Bukan itu sahaja, mereka juga mendakwa yang Legion 2 Pro adalah peranti Snapdragon 888 paling pantas dan paling sejuk.
Sementara itu, aplikasi penanda aras kecerdasan buatan popular di China – Master Lu telah berkongsi yang peranti dengan nombor model l70081, iaitu Legion 2 Pro akan mempunyai memori sehingga 16GB RAM dan storan dalaman mencapai 512GB. Ia juga akan hadir dengan skrin beresolusi FHD+. Pengurus peranti Lenovo China turut kongsi semula siaran Master Lu, jadi informasi memori ini adalah sah.
Peranti ini turut akan menggunakan panel OLED dengan sokongan kadar segar semula tinggi, pengecasan pantas, dan juga mungkin sensor kamera 1 /1.3″. Selain itu, Legion 2 Pro turut akan mempunyai enjin getaran yang lebih baik dan akan menggunakan sistem penyejuk serba baharu iaitu – 2 kipas berbanding Red Magic hanya 1.
Legion 2 Pro juga dikatakan akan memperkenalkan kawalan permua baharu, Eight Finger Super God. Masih tidak jelas, tapi besar kemungkinan lapan jari pada tangan boleh digunakan.
Sama-sama kita nantikan perkembangan lanjut.
✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz
🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻♀️ Enjoy Surfing!
Post a Comment