Hi! Welcome Back and Stay Tune! Dengan G-SQUAD PRO, G-Shock Akhirnya Menggunakan Wear OS - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Dengan G-SQUAD PRO, G-Shock Akhirnya Menggunakan Wear OS


Sejak Casio ProTrek dilancarkan empat tahu lalu, ramai yang menantikan siri G-Shock ditawarkan pula dalam versi pintar. Ia adalah kombinasi yang hanya akhirnya menjadi realiti semalam. Pada awalnya kami sendiri mengingatkan ia adalah jenama April Fool tetapi sebenarnya tidak

Casio G-SHOCK G-SQUAD Pro (GSW-H1000) ialah yang pertama dalam keluarga G-Shock menggunakan sistem operasi Wear OS. Sebelum ini memang ada “G-Shock pintar” tetapi sekadar menambat jam tangan biasa kepada peranti pintar. Kali ini ia adalah sebuah jam tangan pintar sebenar dengan skrin sesentuh, paparan notifikasi, pengimbas nadi, GPS, pengesan tekanan, kompas dan dalam kerangka yang mampu menahan tekanan sehingga kedalaman 200 meter di bawah air.

Tubuh diperbuat daripada bahan getah tahan lasak yang sinonim dengan G-Shock sejak 1980an lagi. Terdapat tombol butang kawalan sisi yang diperbuat daripada logam serta plat titanium pada bahagian bawah. Jam tangan pintar ini dilengkapi skrin 1.2″ dua lapisan. Satu lapisan monokrom yang aktif sepanjang masa untuk paparan waktu dan satu lagi skrin berwarna untuk fungsi-fungsi pintar.

Aneh sekali tiada maklumat mengenai pemproses, RAM atau storan dikongsi oleh Casio. Malahan bateri hanya dikatakan mampu bertahan sehingga 1.5 hari tanpa maklumat kapasitinya. Ia akan mula dijual pada bulan April pada harga $699 (~RM2800) seutas dalam waran hitam, biru dan hitam/biru. Seperti biasa kami akan mengemaskini harga rasmi Malaysia sekiranya ia mula ditawarkan di negara kita.



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!



No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.