Hi! Welcome Back and Stay Tune! PKP di Sabah: Operasi kedai makan dilanjut sehingga 8 malam - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

PKP di Sabah: Operasi kedai makan dilanjut sehingga 8 malam


 

Masidi berkata, kelonggaran itu menyaksikan peniaga makanan antaranya pengusaha gerai, restoran dan kedai makan dapat menjalankan operasi mereka bermula 6 pagi hingga 8 malam.

KOTA KINABALU: Kerajaan Sabah memberi kelonggaran tambahan dua jam beroperasi bagi peniaga makanan di lokaliti yang dikenakan perintah kawalan pergerakan (PKP), kata Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan negeri, Masidi Manjun.

Jurucakap kerajaan negeri mengenai Covid-19 itu berkata kelonggaran tersebut menyaksikan peniaga makanan antaranya pengusaha gerai, restoran dan kedai makan dapat menjalankan operasi mereka bermula 6 pagi hingga 8 malam.

“Sebelum ini, operasi perniagaan dihadkan sehingga 6 petang dan kelonggaran ini membolehkan pengusaha meneruskan perniagaan khususnya untuk berbuka puasa… kelonggaran ini berkuat kuasa hari ini,” menurutnya dalam kenyataan, semalam.

Beliau juga berkata satu kluster baharu Covid-19 direkodkan hari ini iaitu Kluster Dambai Inanam dengan jumlah kumulatif kes positif 19 orang dan kes indeks dipercayai mendapat jangkitan ketika menghadiri majlis pertunangan di Kampung Dambai di Mukim Kionsom.

“Kes ini melibatkan komuniti di tiga daerah iaitu Kota Kinabalu, Inanam dan Kuala Penyu… kluster bertambah parah apabila seorang daripada individu dijangkiti di Kuala Penyu adalah guru yang kemudian menjangkiti dua murid dalam kelas jagaannya,” katanya.

Masidi juga berkata Sabah mencatat 132 kes baharu Covid-19 hari ini dengan empat daerah merekodkan jumlah tertinggi ialah Tawau (65 kes), Sandakan (19), Kota Kinabalu (16) dan Lahad Datu (13). - FMT



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Malaysians Must Know the TRUTH

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!




No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.