Hi! Welcome Back and Stay Tune! Habis Guru Agama Makan Gaji Untuk Mengajar Apa Pula Di Sekolah? - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Habis Guru Agama Makan Gaji Untuk Mengajar Apa Pula Di Sekolah?


 Ini pula kisah kegagalan pelajaran agama dan kegagalan guru agama mengajar agama.

First sila dengar video berikut:




Jadi dalam video ini wanita serupa ustazah itu berkata Jakim pernah buat survey mengenai pencapaian student dalam subjek agama pada peringkat PMR.

Jakim telah mendapati bahawa daripada 6,779 pelajar yang di survey : 

  • 22% (1500 student) tak tahu mengucap shahadah
  • 23% (1550 student) tak tahu apa itu rukun islam 
  • 25% (1670 student) tak tahu apa itu rukun iman

Kemudian wanita serupa ustazah itu berkata bahawa pada suatu hari, dia pernah hadiri sesi 'Klinik Keluarga' di negeri Perak di mana dia telah berjumpa dengan seorang Guru Kanan Hal Ehwal Pelajar yang 'share' cerita bahawa dalam sebuah kelas khas bagi 35 pelajar  tingkatan 5 (student berumur 17 tahun) dia mendapati bahawa daripada 35 pelajar itu, empat orang saja tahu baca Fatihah. Baki 31 pelajar tingkatan 5  itu tak tahu pun baca Fatihah.

And then wanita itu berkata ramai student "yang bermasalah" lazimnya tak tahu sembahyang.

Ok tuan-tuan, seperti mengikut style orang agama, wanita serupa ustazah itu cakap dengan nada menuding jari terhadap student PMR dan student Tingkatan 5 yang tidak tahu baca Fatihah, tidak tahu rukun iman, tidak tahu rukun islam, tidak tahu sembahyang, terlibat pelbagai masalah dsbnya. 

Tetapi soalan yang sangat besar ialah 'So what the hell are the guru agama doing in school?"

Habis guru agama makan gaji untuk mengajar apa pula di sekolah?

Tuan-tuan tahu tak bahawa matapelajaran agama mengambil (atau memakan) masa yang paling banyak dalam sistem persekolahan kita? 

Saya diberi faham di peringkat sekolah rendah subjek agama memakan masa lebih 90 jam (bagi setahun pengajian)

Tuan-tuan tahu tak bahawa pengajaran subjek sains pula diberi hanya SEPARUH (half) daripada masa yang diperuntukan untuk subjek agama? Around 40+ hours per year for science subjects di sekolah rendah.

Tuan-tuan tahu tak bahawa subjek agama ini adalah suatu subjek yang paling susah untuk difahami dalam dunia? 

Sebab apabila anak-anak kita masuk Tadika, guru agama sudah mengajar mereka agama.

Kemudian selama ENAM tahun (Darjah 1 - 6) anak-anak kita belajar subjek agama untuk hampir ENAM JAM seminggu di sekolah rendah.

Kemudian selama LIMA TAHUN lagi di sekolah menengah pula (Tingkatan 1 - 5) anak-anak kita belajar subjek agama dengan lebih detail dan mendalam lagi. 

Kemudian anak-anak kita yang masuk kursus diploma atau ijazah juga terpaksa mengambil subjek agama tak kira apa jurusan pun. Dulu kedua anak saya di universiti yang belajar medical doctor dan arkitek pun terpaksa belajar subjek 'Islamic studies'.  

Di sekolah rendah dan sekolah menengah pula guru agama mengajar anak-anak kita pelajaran khas untuk solat jenazah, pelbagai jenis doa, qiyamul 'ail dan banyak lagi.  

Apakah agama kita ini begitu susah untuk difahami sehingga kita terpaksa belajar subjek agama selama berbelas tahun di sekolah dan universiti?

Selain daripada "period check" guru agama juga sering berpengaruh atas semua aktiviti sekolah lain termasuk PIBG, persatuan, muzik, sukan dan hampir semua aktiviti sekolah. Termasuk menyekat anak perempuan daripada menyertai acara sukan berlari atau melompat-lompat dsbnya. Maksudnya guru agama sangat berpengaruh dalam hampir kesemua aktiviti di sekolah - bukan setakat mengajar subjek agama sahaja.

Anehnya walaupun demikian - sekarang survey Jakim pula mendapati bahawa 22% lah, 23% lah dan 25% student tingkatan tak tahu ucap kalimah syahadah, tak tahu rukun iman dsbnya.

Habis guru agama itu semua buat kerja apa agaknya? 

Maksudnya survey Jakim itu buktikan bahawa guru agama dan sistem pendidikan agama di sekolah sudah gagal. Sudah fail.  

Kalaulah bebudak SPM umur 17 tahun tak tahu baca Fatihah itu adalah kegagalan guru agama. 

Lebih elok potong gaji dan potong elaun guru agama yang sudah gagal mengajar anak-anak kita menghafal Fatihah pun.  

Habis apa kah yang diajar sewaktu kelas agama di sekolah? Daripada Tadika ke SPM atau selama tempoh lebih 12 tahun - mengajar anak-anak kita subjek agama tetapi hasilnya 23% daripada student tak tahu rukun iman !!  Nauzubillah.

Masa saya sekolah dulu (tahun 60an) tidak ada pun kelas agama di sekolah saya. Saya belajar sembahyang dari ayah saya. Saya belajar 'ngaji Quran' di rumah dan kemudian daripada dua orang guru 'ngaji' - seorang daripadanya seorang Makcik yang kekadang baju berkemban sahaja bila mengajar kami ngaji Quran. Kami hafal Fatihah, hafal enam Qul, tahu rukun iman, rukun Islam, semua ok juga. 

So what is the problem now dengan guru-guru agama yang walaupun begitu ramai memegang jawatan dan makan gaji beribu Ringgit sudah tidak boleh mendidik anak-anak kita? 

Bebudak 10 tahun ke, 15 tahun ke, 17 tahun ke masih bebudak mentah dan berotak kosong. Tugas mereka adalah untuk belajar. Tugas guru pula adalah untuk mengajar dengan baik so that otak yang kosong boleh di isi dengan ilmu yang berguna. Tapi kalau lah bebudak SPM masih berotak kosong, maksudnya guru-guru mereka yang sudah gagal. 

Jangan salahkan anak-anak mentah ini jika mereka tidak tahu agama dan tidak tahu baca Fatihah. Salahnya terletak kepada guru-guru agama yang telah gagal mendidik anak-anak muda kita.  

The views expressed are those of the writer and do not necessarily reflect those of MMKtT.



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Malaysians Must Know the TRUTH

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!




No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.