Hi! Welcome Back and Stay Tune! Semakin ramai mahu bantu ibu tunggal tinggal di bilik stor - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Semakin ramai mahu bantu ibu tunggal tinggal di bilik stor


 

Laporan kisah Nur Hidayah oleh FMT semalam mendorong lebih banyak pihak menawarkan bantuan.

PETALING JAYA: Kisah seorang ibu tunggal yang tinggal di bilik stor tanpa tingkap sejak lapan tahun lalu mendapat perhatian meluas apabila semakin ramai tampil ingin menghulur bantuan.

Kurang 24 jam sebaik kisah wanita itu disiarkan FMT semalam, pelbagai tawaran diterima, antaranya daripada seorang pesara berusia 60 tahun, Teoh Yen See, yang berasa “sangat sedih” dengan nasib Nur Hidayah dan sedia meyediakan pekerjaan tetap untuk beliau dengan gaji RM1,500 sebulan, termasuk makan dan penginapan yang ditanggung sepenuhnya.

Terbaharu, Lembaga Zakat Selangor (LZS) pula berkata, ia kini dalam perancangan untuk berjumpa Hidayah untuk memberi bantuan.

Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) yang menawarkan pinjaman kepada wanita itu sebelum ini juga turut menyatakan hasrat untuk membantu.

“Terima kasih kepada pihak yang sudi membantu, saya terharu dengan maklum balas yang diberikan.

“Mungkin ini permulaan dan sinar baharu kepada saya,” kata Nur Hidayah ringkas kepada FMT ketika ditanya mengenai perkembangan itu.

FMT menyiarkan laporan mengenai Nur Hidayah, 53, seorang saudara baharu yang bergelut mencari pekerjaan bagi menampung kehidupan tiga anaknya di Kuching, Sarawak, selain membayar pinjaman AIM yang pernah diterimanya.

Setiap hari beliau akan keluar mencari rezeki “sebanyak yang boleh” – walaupun hanya beberapa ringgit – dalam tempoh perintah kawalan pergerakan (PKP) kini.

Selepas bekerja keras sepanjang hari, beliau akan kembali ke bilik kecilnya di sebuah rumah kedai di Kampung Tasek Tambahan, Ampang dengan sekeping tilam nipis menjadi satu-satunya barang berharga yang dimilikinya.

Demi anak, Hidayah sanggup melakukan apa-apa jua pekerjaan yang halal, termasuk naik turun tangga rumah pangsa empat tingkat untuk menghantar tong gas kepada penghuni sejak 16 tahun berhijrah ke semenanjung.

Sepanjang 16 tahun hidup bersama “orang semenanjung”, wanita malang itu sering ditipu, sementara ada juga majikan tempat beliau bekerja tidak membayar gajinya.

Beliau juga pernah gagal ketika berniaga di Jalan Chow Kit beberapa tahun lalu kerana pelanggan tidak membayar selepas mengambil barang menyebabkan Hidayah kini terpaksa menanggung hutang pinjaman modal perniagaan daripada AIM sebanyak RM410 seminggu.

Kisah Hidayah juga mendapat perhatian awal daripada badan bukan kerajaan, Nation of Women (NOW). - FMT



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Malaysians Must Know the TRUTH

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!




No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.