Hi! Welcome Back and Stay Tune! Kompaun Raya: Polis siasat pemilik akaun twitter disyaki sebar berita palsu - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Kompaun Raya: Polis siasat pemilik akaun twitter disyaki sebar berita palsu


 

Ketua Polis Daerah Nilai Mohd Fazley Ab Rahman berkata pemilik akaun itu dikenal pasti sebagai ‘No War But Class War’ @ Icsmxms.

NILAI: Polis membuka kertas siasatan berhubung kes seorang pemilik akaun Twitter yang disyaki menyebarkan berita palsu mengenai pelaksanaan kompaun pelanggaran prosedur operasi standard (SOP) Aidilfitri 2021 di Nilai Impian semalam.

Ketua Polis Daerah Nilai Mohd Fazley Ab Rahman berkata pemilik akaun itu, yang dikenal pasti sebagai ‘No War But Class War’ @ Icsmxms, akan dipanggil memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah Nilai dalam masa terdekat bagi membantu siasatan.

“Pemilik akaun itu memuat naik status ‘Area Rumah Aku Nilai Impian. Tuan Rumah RM25K, Tetamu RM5K pada 4.33 petang semalam.

“Susulan itu, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 505(b), Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 serta Seksyen 4(1) Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) (No 2) 2021,” menurutnya dalam kenyataan di sini malam ini.

Beliau berkata orang ramai dinasihatkan supaya menghentikan sebarang penyebaran gambar atau berita tidak tepat untuk dimuat naik atau dikongsi di laman sosial masing-masing.

Hari ini, Bernama melaporkan polis memberi penjelasan bahawa gambar yang tular di media sosial merupakan gambar pemeriksaan rumah ke rumah pada hari raya pertama di kawasan perumahan Nilai Impian.

Gambar itu telah disalah tafsir sebagai tindakan kompaun sebanyak RM30,000 kepada orang awam sedangkan apa yang sebenarnya berlaku ialah polis melakukan tinjauan bersama dengan pengamal media untuk melihat kadar pematuhan penduduk terhadap SOP Aidilfitri di kawasan tersebut. - FMT



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Malaysians Must Know the TRUTH

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!




No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.