Habis Macam Mana PM dan Menteri S-mb-rit Nak Tarik Pelaburan Arab Saudi? Duta Khas Timur Tengah Tuduh Saudi Zalim, Tali Barut Zionis
Dipetik dari Malaysiakini di sini
- Hadi Awang kritik keras Arab Saudi, Arab normalisasi terhadap Israel
- Hadi dakwa institusi agama Arab Saudi dipergunakan, ulama ditekan
- Zionis gagal lekakan umat Islam dengan khutbah yang diatur
- mimbar masjid di Makkah, Madinah juga dipergunakan
- imam tidak patuh arahan disekat atau ditahan
- sebahagian daripada mereka meringkuk dalam tahanan
- termasuk wakil Hamas yang sedang sakit tenat,” katanya
negara Arab wiridkan mengikut riwayat negara Zionis,” katanya.
Duta khas ke Timur Tengah sifatkan OIC tidak bermaya, hanya kelab forum
OIC hanya mengikut arahan tangan-tangan yang nyata dan ghaib, kata duta
My comments :
Secara rasminya Hadi Awang ini adalah 'Duta Khas Malaysia ke Timur Tengah yang bertaraf Menteri'.
Alamak! Ini duta khas style apa pula?
Duta Khas Malaysia ke Timur Tengah hentam Arab Saudi :
- sebagai zalim
- membiarkan Zionis Israel memperalatkan mimbar masjid di Makkah dan Madinah
- Arab Saudi dan negara Arab menjadi talam dua muka dengan Zionis
- Arab Saudi berwirid ikut riwayat Zionis dsbnya.
Habis apa guna pula PM Tan Sri Muhyiddin dan Menteri S-mb-rit mengepalai DUA lawatan rasmi yang berasingan ke Arab Saudi untuk mencari pelaburan, untuk mengeratkan persahabatan dengan Arab Saudi dsbnya? You are wasting taxpayer's money and our time.
Duta itu lazimnya manusia yang faham cara-cara diplomatik. Diplomatik maksudnya duta itu mesti faham gunakan bahasa yang molek, mesti faham jangan terlalu berat sebelah atau terlalu memihak antara satu pihak dan satu pihak yang lain dalam menangani masalah perhubungan antara bangsa.
Lebih penting ialah seorang Duta Khas TIDAK boleh menjejaskan urusan Perdana Menteri dan Menteri Kabinet yang cuba merapatkan hubungan diplomatik dan perdagangan dengan Arab Saudi.
Soalan cepu mas - kenapa pula Duta Khas Malaysia ke Timur Tengah bukan saja bercanggah dengan dan sabotajkan dasar luar Perdana Menteri untuk berbaik dengan Arab Saudi tetapi dia juga sanggup memperbodohkan Perdana Menteri kita pada pandangan umum?
Jawapannya terletak kepada mengenali siapa kah "kawan dan sahabatnya" dia yang sebenarnya?
Sila lihat gambar berikut:
https://en.wikipedia.org/wiki/International_Union_of_Muslim_Scholars#Background
Leader Ahmad al-Raysuni
Key people Yusuf al-Qaradawi
The International Union of Muslim Scholars is an organization headed by Ahmad al-Raysuni, the "supreme authority of the Muslim Brotherhood" headquartered in Qatar.
Presidents (past) : Yusuf al-Qaradawi
Notable vice presidents
- Abdullah Bin Bayyah resigned in 2014
- Ahmad Al-Raysouni (of Morocco)
- Ahmed bin Mohammed al-Khalili (Grand Mufti of Oman),
- Abdul Hadi Awang (President of PAS - Malaysia)
The Secretary General is: Ali Muhiuddin Al-Qurra Daghi
Other notable figures in IUMS include Faisal Malawi, Jamal Badawi, Essam Al-Bashir, and Salman al-Ouda. Tariq Ramadan is also a member of IUMS.
Affiliation to the Muslim Brotherhood
IUMS founder and leader Yusuf al-Qaradawi is the "spiritual leader of the global Muslim Brotherhood".
Yusuf al-Qaradawi played a key role in the international spread of the Muslim Brotherhood abroad".
My comments :
Satu lagi "anak syarikat" Muslim Brotherhood termasuk "Harakat al Mujtama As-Silm" atau lebih dikenali sebagai HAMAS.
Dalam sengketa HAMAS - Israel yang terbaru (yang baru tamat semalam) negara Arab seperti Arab Saudi, UAE dan Mesir tidak membantu ataupun membuat sebarang kenyataan yang menyokong HAMAS di Gaza.
Ini adalah disebabkan HAMAS adalah anak-syarikat Muslim Brotherhood yang sangat dibenci dan dimusuhi oleh Arab Saudi, UAE, Mesir dan negara Arab yang lain.
Arab Saudi dan UAE telah mengisytiharkan dan mengharamkan Muslim Brotherhood sebagai 'kumpulan teroris'.
Jelas sekali kritikan keras terhadap Arab Saudi yang dibuat oleh Duta Khas Malaysia ke Timur Tengah itu - yang pernah menjadi Vice President atau Naib Presiden International Union of Muslim Scholars (proxy Muslim Brotherhood) - lebih memihak kepada politik Muslim Brotherhood daripada menghormati dasar luar negara kita sendiri.
Jelas sekali Duta Khas kita ke negara Arab sudah konpius antara peranannya sebagai Duta Khas yang mewakili Malaysia dan wataknya sebagai penyokong Muslim Brotherhood.
Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mewakili MMKtT.
✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Malaysians Must Know the TRUTH
🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻♀️ Enjoy Surfing!
Post a Comment