Hi! Welcome Back and Stay Tune! Keluarga ’28 anak’ terima bantuan sejak 2010, kata Zakat Selangor - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Keluarga ’28 anak’ terima bantuan sejak 2010, kata Zakat Selangor


 

Kisah keadaan tidak kondusif dihadapi keluarga besar itu sebelum ini mendapat perhatian apabila tular di media sosial selepas didatangi sebuah pertubuhan yang menghulurkan bantuan.

SHAH ALAM: Keluarga besar yang tular di media sosial ekoran hidup dalam keadaan tidak kondusif dan mempunyai 28 orang anak sudah menerima pelbagai jenis bantuan zakat sejak 2010.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Zakat Selangor (LZS), Saipolyazan M. Yusop, keluarga yang tinggal di Klang itu telah menerima pelbagai jenis bantuan antaranya bantuan sewa rumah, persekolahan, kecemasan dan modal bagi membaiki keadaan keluarga itu.

Beliau berkata pihaknya akan mengadakan sesi kaunseling kepada keluarga tersebut khususnya ketua keluarga manakala anaknya yang tidak bersekolah akan menghadiri kursus kemahiran sebagai usaha merubah mereka.

“Mereka juga akan diberikan motivasi termasuk perlu menandatangani akur janji untuk berubah. Manakala, anak-anak yang tercicir di sekolah menengah dibantu dengan mencari kursus vokasional dan latihan teknikal dalam membantu meningkatkan potensi mereka,” katanya selepas Majlis Iftar dan Penyerahan Zakat Perniagaan oleh 24 syarikat, semalam.

Saipolyazan M. Yusop.

Terdahulu, sebuah keluarga besar mempunyai 28 orang anak hasil perkahwinan bapa mereka bersama empat orang isteri yang hidup dalam keadaan tidak kondusif tular di media sosial dan mewujudkan pelbagai persepsi dalam kalangan warganet sejak Isnin lalu.

Dalam perkembangan lain, LZS memaklumkan badan itu menerima RM 7.7 juta zakat perniagaan daripada 24 buah syarikat.

Saipolyazan berkata pihaknya turut menyasarkan RM150 juta kutipan zakat merangkumi zakat harta dan fitrah sepanjang Ramadan tahun ini. - FMT



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Malaysians Must Know the TRUTH

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!




No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.