Hi! Welcome Back and Stay Tune! Kluster aktiviti berbuka puasa, tarawih dikesan di Johor, kata Exco - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Kluster aktiviti berbuka puasa, tarawih dikesan di Johor, kata Exco


 

Peratus kapasiti penggunaan katil unit rawatan rapi (ICU) Covid-19 di negeri Johor sudah mencecah 114% setakat ini. (Gambar Facebook Noor Hisham Abdullah)

JOHOR BAHRU: Kes indeks bagi satu kluster baharu di negeri ini dikesan daripada kekerapan menghadiri aktiviti berbuka puasa dan menunaikan solat tarawih di sebuah surau di Jalan Impian Emas 17 di sini, kata Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar Johor, R Vidyananthan.

Beliau berkata, kes pertama untuk kluster komuniti itu dikesan melalui saringan bergejala pada 21 April lalu dan susulan itu saringan kontrak rapat telah dijalankan.

“Saringan membabitkan ahli keluarga, rakan sekerja dan jemaah surau sehingga 2 Mei lalu menyaksikan seramai 252 orang telah disaring, di mana 52 daripada mereka didapati positif dengan tiga kes kematian dilaporkan setakat ini,” katanya dalam kenyataan.

Vidyananthan berkata, tindakan penutupan surau tersebut telah dijalankan bermula 24 April sehingga 2 Mei.

Katanya, kluster berkenaan masih di dalam pemantauan Jabatan Kesihatan negeri dan dijangka tamat pada 29 Mei sekiranya tiada kes baharu dilaporkan selepas ini.

Dalam perkembangan lain, Vidyananthan berkata, peratus kapasiti penggunaan katil unit rawatan rapi (ICU) Covid-19 di negeri itu sudah mencecah 114% setakat ini.

“Berdasarkan statistik 3 Mei, seramai 49 pesakit dirawat di ICU enam hospital berpakar dengan peratus kapasiti penggunaan katil ICU khusus Covid-19 sebanyak 114%,” kata beliau.

Semalam, Johor merekodkan 336 kes harian dan dua kes kematian dengan 275 kes tempatan, 59 kes tahanan (penjara) dan dua kes import, di mana daerah Johor Bahru mencatatkan bilangan kes tertinggi iaitu 194 kes. = FMT



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Malaysians Must Know the TRUTH

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!




No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.