Hi! Welcome Back and Stay Tune! 2 minggu PKP penuh kritikal untuk kurang jangkitan kepada 4,000 kes, kata Noor Hisham - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

2 minggu PKP penuh kritikal untuk kurang jangkitan kepada 4,000 kes, kata Noor Hisham


 

Dr Noor Hisham Abdullah merayu orang ramai terus duduk di rumah dan mematuhi SOP jika terpaksa keluar rumah atas urusan penting.

PETALING JAYA: Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah berkata, lanjutan perintah kawalan pergerakan (PKP) penuh selama dua minggu adalah tempoh kritikal untuk negara mengurangkan jumlah jangkitan kepada 4,000 kes.

Beliau berkata, sepanjang dua minggu ini, kerjasama semua pihak amat diperlukan untuk membantu melandaikan lekuk Covid-19 yang masih mencatatkan kes harian tinggi.

Sekatan pergerakan penuh sektor sosial dan ekonomi fasa pertama di seluruh negara yang bermula 1 Jun lalu, dilanjutkan hingga 28 Jun ini apabila jangkitan harian menunjukkan trend kenaikan mendadak yang melebihi 5,000 kes, dengan kapasiti hospital di seluruh negara semakin terhad untuk merawat pesakit Covid-19.

Semalam, sebanyak 5,793 kes baharu Covid-19 dicatatkan berbanding 6,849 kes kelmarin, tetapi jumlah kes sembuh sekali lagi mencatatkan rekod tertinggi sejak pandemik itu melanda Malaysia, dengan 8,334 kes berbanding 7,749 kes kelmarin.

Pun begitu, Noor Hisham kesal masih ada pihak tidak mematuhi SOP dengan melakukan pergerakan tidak perlu dan perhimpunan seperti parti keramaian dan majlis.

“Ini adalah sesuatu yang tidak bertanggungjawab,” katanya dipetik Bernama.

Pagi ini, beliau merayu orang ramai untuk terus duduk di rumah dan mematuhi SOP jika terpaksa keluar rumah atas urusan penting.

“Terkini, kita tidak ada lagi katil ICU yang mencukupi.

“Bantulah kita untuk membantu anda sekeluarga. Sila duduk di rumah dan patuhi SOP.” - FMT



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Malaysians Must Know the TRUTH

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!




No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.