Hi! Welcome Back and Stay Tune! Bayi 9 bulan kritikal disyaki didera pengasuh - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Bayi 9 bulan kritikal disyaki didera pengasuh


 

Ketua Polis Daerah Serdang, A A Anbalagan, berkata suspek yang juga seorang wanita memberitahu bayi dalam jagaannya itu cedera akibat terjatuh dari sofa.

PETALING JAYA: Seorang pengasuh disyaki mendera bayi lelaki berusia sembilan bulan yang kini dilaporkan dalam keadaan kritikal.

Ketua Polis Daerah Serdang, A A Anbalagan, berkata suspek yang juga seorang wanita memberitahu bayi dalam jagaannya itu cedera akibat terjatuh dari sofa.

“Suspek mendakwa telah mengejutkan bayi berkenaan untuk memberi susu sekitar 11 malam, bagaimanapun mangsa kelihatan lemah dan terus membawanya ke hospital untuk rawatan,” katanya menurut laporan Kosmo.

Bagaimanapun, beliau berkata doktor di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) yang merawat bayi itu pada Rabu lalu menyedari terdapat unsur penderaan berdasarkan kesan kecederaan pada bahagian kepala mangsa.

Sehubungan itu, suspek ditahan oleh Bahagian Siasatan Seksual Wanita dan Kanak-Kanak (D11), Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Serdang keesokannya untuk membantu siasatan.

“Suspek direman selama tujuh hari sehingga esok bagi siasatan bawah Seksyen 31 (1) (a) Akta Kanak-Kanak 2001 Kanun Keseksaan,” katanya.

Difahamkan, suspek juga telah dituduh di Mahkamah Sesyen (4) Petaling Jaya, hari ini. - FMT



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Malaysians Must Know the TRUTH

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!




No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.