Hi! Welcome Back and Stay Tune! Keluarga anak tertukar lantik peguam, ambil tindakan undang-undang - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Keluarga anak tertukar lantik peguam, ambil tindakan undang-undang


 

Kesilapan meletakkan tanda nama ketika dilahirkan 20 tahun lalu, dipercayai dilakukan oleh kakitangan sebuah hospital di Kota Bharu, hingga menyebabkan Noratirah Husin (kanan) ‘tertukar’ ibu bapa, meninggalkan kesan mendalam kepada wanita itu. (Gambar Bernama)

KUALA LUMPUR: Dua keluarga yang tiga anak mereka tertukar sejak lahir 20 tahun lepas, dipercayai akibat kecuaian kakitangan sebuah hospital di Kota Bharu, Kelantan, telah melantik barisan peguam untuk menasihati dan mengambil tindakan undang-undang yang perlu.

Jurucakap bagi pihak Tetuan Sam Masri & Associates, Tetuan Khairul Naim Rafidi, Tetuan Azam Rashid & Co serta Tetuan Mohd Nasir & Co, peguam Samry Masri berkata barisan peguam itu dilantik pada November tahun lepas.

“Kejadian yang berlaku telah menyebabkan kesengsaraan dan penderitaan kepada anak guam kami dan dua keluarga mereka. Lantaran itu kami akan sedaya upaya memastikan keadilan dapat terlaksana sebaiknya,” katanya dalam kenyataan kepada Bernama malam tadi.

Beliau berkata pihaknya telah menulis surat kepada pihak Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) bagi mendapatkan kerjasama pihak hospital itu untuk membekalkan rekod-rekod kelahiran dan perubatan yang berkenaan.

Pada masa sama katanya pihak barisan peguam juga menyambut baik kenyataan yang dibuat oleh Pengarah Jabatan Kesihatan Kelantan Dr Zaini Hussin dan Pengarah Hospital HRPZ II Dr Selasawati Ghazali yang akan menyiasat perkara itu dan akan mengesan dokumen serta petugas terlibat.

“Kami juga menghargai kenyataan serta pandangan yang diberikan oleh Mufti Kelantan Mohamad Shukri Mohamad, pakar psikologi, serta pihak-pihak lain yang simpati dengan nasib anak guam kami serta kedua-dua keluarga mereka,” katanya

Bernama sebelum ini melaporkan tentang dua keluarga yang mengharungi kisah tragis apabila tiga bayi perempuan termasuk sepasang kembar, tertukar selepas dilahirkan 20 tahun lepas.

Kejadian itu disedari selepas ketiga-tiga mereka, Adryani Iwani, ‘kembarnya’ Adryana Irwani, dan kembar sebenarnya Noratirah Husin, menjalani ujian asid deoksiribonukleik (DNA) pada September tahun lepas. - FMT



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Malaysians Must Know the TRUTH

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!




No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.