Hi! Welcome Back and Stay Tune! Polis siasat dakwaan wanita dihubungi anggota selepas mohon kebenaran rentas negeri - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Polis siasat dakwaan wanita dihubungi anggota selepas mohon kebenaran rentas negeri


 

Menurut polis, siasatan dibuat selepas pihaknya mengesan satu hantaran oleh wanita berusia 26 tahun itu tular di Twitter.

KUALA LUMPUR: Polis menjalankan siasatan susulan dakwaan seorang wanita yang dihubungi anggota polis melalui aplikasi WhatsApp selepas membuat permohonan kebenaran rentas negeri, seperti yang tular di media sosial, semalam.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Ashari Abu Samah berkata siasatan dibuat selepas pihaknya mengesan satu hantaran oleh wanita berusia 26 tahun itu tular di Twitter.

“Wanita itu memaklumkan dia telah pergi ke Balai Polis Setapak untuk memohon kebenaran rentas negeri sebelum dihubungi melalui mesej WhatsApp oleh anggota polis.

“Laporan polis berhubung kejadian itu telah dibuat wanita yang bekerja sebagai penganalisis pelaburan di Balai Polis Gombak kira-kira 7.30 malam tadi dan dia akan dipanggil untuk diambil keterangan dalam masa terdekat,” katanya dalam kenyataan malam tadi.

Beliau berkata, pihaknya sudah mengenal pasti anggota polis yang didakwa menghubungi wanita berkenaan.

Jelasnya, polis tidak akan melindungi mana-mana pegawai atau anggota yang melakukan sebarang salah laku dan tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan tegas terhadap mereka yang didapati melakukan kesalahan.

Ashari berkata, kes disiasat oleh Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur.

Katanya, orang ramai yang mempunyai sebarang pertanyaan atau maklumat boleh menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Wangsa Maju di talian 03-92899222, Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-2115 9999 atau mana-mana balai polis berhampiran,” katanya.

Terdahulu, tular di media sosial apabila seorang wanita berkongsi perbualan antara dirinya dengan individu didakwa anggota polis selain mempersoalkan tindakan anggota tersebut menghubungi dirinya. - FMT



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Malaysians Must Know the TRUTH

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!




No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.