Hi! Welcome Back and Stay Tune! Disko bawah tanah diserbu, 58 ditahan - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Disko bawah tanah diserbu, 58 ditahan


 

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Nasri Mansor berkata, sebahagian besar pengunjung mula memasuki premis di tingkat bawah tanah sebuah hotel seawal jam 1 tengah hari. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA: Seramai 58 pengunjung termasuk 22 wanita tempatan diberkas dalam serbuan terhadap sebuah pusat hiburan di Jalan Pudu, Kuala Lumpur, malam ini.

Serbuan dijalankan oleh Bahagian Jenayah Maksiat, Judi, Kongsi Gelap (D7) Kuala Lumpur, Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kuala Lumpur, hasil maklumat dan risikan yang dijalankan.

Menurut Berita Harian, serbuan diketuai oleh Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Nasri Mansor itu bermula pada jam 9.30 malam.

Katanya, berdasarkan siasatan awal, sebahagian besar pengunjung di pusat hiburan itu mula memasuki premis di tingkat bawah tanah sebuah hotel seawal jam 1 tengah hari.

Pusat hiburan itu dilaporkan kerap diserbu sejak pelaksanaan perintah kawalan pergerakan (PKP) tahun lalu kerana sering beroperasi tanpa kebenaran. - FMT



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Malaysians Must Know the TRUTH

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!




No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.