Dan semalam juga saya terima gambar yang berikut - kes bunuh diri di Sentul.
"Kes bunuh diri lagi wanita berusia 30an.. di Flet Sri Perak, Bdr Baru Sentul. 26/6/2021 lewat petang nie.."
My comments :
Saya tak mahu tujukan sebarang soalan kepada mana-mana Menteri atau Kementerian yang "berkenaan" sebab saya rasa para Menteri tidak beza daripada beruk se-ekor itu yang duduk bercangkung dalam gambar di atas.
Rupanya ada juga haiwan berkaki dua yang terhibur atau teruja untuk duduk melihat mayat orang yang ditimpa musibah.
Inilah produk sistem pendidikan negara kita, produk pengaruh pak lebai dalam negara ini dan juga produk budaya masyarakat kita.
Tahniah diucapkan kepada Bapak-Bapak Negara. You deserve a Nobel Prize. Malangnya tidak ada Nobel Prize untuk Kurang Ajar. Kalau ada, sudah lama Atok Nyanyok sudah sapu anugerah besar itu.
Tetapi saya ingin beri sedikit nasihat kepada Kerajaan keseluruhannya. These suicide cases and crime cases are increasing.
Hotline, Talian Mesra, Talian Tanjong Rambutan Mental Hospital semua tidak boleh membantu.
Ikut laporan media, kes bunuh diri makin meningkat. Ini bukan sebab keadaan cuaca panas atau suhu tinggi pada siang hari tiba-tiba menyebabkan 'mental disorder' yang akibatkan orang membunuh diri. I dont think so.
Orang makin putus asa kerana mereka melihat sudah tiada peluang hidup. Hidup mereka sinonim dengan susah. Jadi apabila hidup jadi sinonim dengan "susah" minda mereka memproses options yang "sudah tidak ada" untuk mereka. Kemudian mereka mengambil keputusan lebih baik jangan hidup. Lebih baik mati.
Ini tak ada kena mengena dengan bantuan Prihatin, BR1M, boleh pinjam duit dengan "ceti kredit komuniti" pada kadar 18% (macam mana dia nak bayar balik hutang ceti?) dsbnya. That is not going to help.
Tuan-tuan nak dengar satu lagi cerita sedih tak?
This story is from Shah Alam. Rupanya ada famili yang duduk di rumah flat yang tak cukup duit. Mereka survive dengan makan mee segera. Bila mee segera pun nak habis Isteri muda di rumah itu tidak mahu kongsi makan dengan mak mertuanya. Jadi mak mertuanya tak dapat makan dua hari. Minum air dan mungkin makan biskut kering.
CADANGAN SAYA
Saya ingin cadangkan kepada VOLUNTEER NGOs, the Sikh Community (KHALSA), kepada Army, Civil Defense, Government Departments : PLEASE SEND IN MOBILE FOOD KITCHENS !!
Saya cadangkan sehingga negara kita pulih balik daripada ancaman Covid ini Kerajaan kerahkan pihak Tentera (yang mempunyai mobile kitchen), pihak Civil Defense, Jabatan Kerajaan yang terlibat bencana alam (Jabatan Saliran - yang menjaga banjir) yang mempunyai mobile kitchen dan equipment yang lain, serta NGO-NGO dan persatuan pelbagai kaum, bangsa, bahasa dan agama -
untuk membuka MOBILE KITCHEN di kawasan paling kronik di perbandaran (dan luar bandar) di mana orang paling susah mendapati makanan harian.
Saya yakin jika dibenarkan paling ramai NGO (persatuan Islam, pertubuhan bumiputera, persatuan China, NGO-NGO, Sikh Khalsa, Christian churches, Indian associations, parti politik dan lain-lain) semua boleh membantu memasak dan memberi makanan percuma untuk beberapa minggu atau beberapa bulan di kawasan-kawasan flat PPRT di Lembah Kelang, di daerah lain, di negeri lain yang mempunyai paling ramai orang kita yang susah mencari makan bagi family mereka.
Tolonglah. Please help. Ini bukan perkara yang susah. As a nation we can do this.
Saya sendiri boleh menghadiakhan 100 kg beras, minyak masak, ikan bilis, tin sadin dsbnya untuk membantu orang yang tidak ada makanan yang cukup.
Saya cadangkan "Mobile Kitchen" untuk memasak makanan yang fresh akan lebih berkesan. Sebab No. 1 ialah kalau nak bagi beras dan minyak masak saja bukan semua orang yang akan dapat.
Nombor 2, ada pula orang yang tidak ada duit bayar tong gas. Tak boleh masak pula.
So it is better to use Mobile Kitchens. We can prepare easy meals - rice, vegetables, fish, chicken, fried ikan bilis, telur goreng etc etc to feed people who have no food to eat.
Tuan-tuan keadaan dalam negara kita makin susah. Kita tidak boleh harapkan Kerajaan untuk memikir dan membantu semua orang. Mereka memang sudah mati akal. We as a society that cares can do a better job of organising help for ourselves.
Tuan-tuan kita mampu tolong sama sendiri. Jangan dok tunggu Kerajaan sahaja. Jangan dok harap orang lain.
Keadaan ini tidak akan kekal untuk selamanya. Saya rasa keadaan susah ini akan berlangsung untuk beberapa bulan sahaja.
Let us not wait for the Kerajaan to sort anything out. It is not going to happen.
Kita Jaga Kita Dulu.
Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mewakili MMKtT.
✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Malaysians Must Know the TRUTH
Post a Comment