Hi! Welcome Back and Stay Tune! Sertai majlis sosial, penganjur, penyanyi popular dipanggil polis - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Sertai majlis sosial, penganjur, penyanyi popular dipanggil polis


 

Ketua Polis Daerah Tapah, Wan Azharuddin Wan Ismail berkata, semua individu terbabit akan dipanggil dalam tempoh terdekat untuk diambil keterangan.

PETALING JAYA: Polis akan memanggil beberapa individu termasuk penyanyi terkenal kerana menyertai majlis sosial dipercayai berlangsung di sebuah ladang dekat Kampung Poh, Bidor, di Tapah baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Tapah, Wan Azharuddin Wan Ismail berkata, polis mengesan penularan gambar majlis sosial itu di Facebook (FB) pada jam 2 petang hari ini.
Katanya, majlis berkenaan membabitkan selebriti tempatan dan beberapa individu di sebuah ladang sekali gus melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0.

“Melalui gambar tular itu, mereka tidak ada penjarakan sosial dan ada juga yang tidak memakai pelitup muka.

“Gambar berkenaan dipercayai dirakam pada 24 Jun lalu oleh individu yang turut serta dalam majlis terbabit, ” katanya dipetik Harian Metro.

Wan Azharuddin berkata, jamuan itu dihadiri ahli perniagaan tempatan dan beberapa penduduk kampung yang turut berkaraoke.

Katanya, polis menjalankan siasatan mengikut Peraturan 17 (1) Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 2021 serta Seksyen 269 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi Multimedia 1998.

“Semua individu terbabit akan dipanggil dalam tempoh terdekat untuk diambil keterangan bagi membantu siasatan.

“Polis ingin menasihatkan orang ramai supaya tidak menganjurkan sebarang bentuk majlis atau perhimpunan sepanjang tempoh PKP 3.0 dan sentiasa mematuhi SOP yang dikeluarkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN),” katanya. - FMT



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Malaysians Must Know the TRUTH

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!




No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.