Hi! Welcome Back and Stay Tune! Ini Jemaah Menteri ‘bekerja’, paling tenang, kata Annuar - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Ini Jemaah Menteri ‘bekerja’, paling tenang, kata Annuar


 

Menteri Wilayah Persekutuan Annuar Musa menegaskan dakwaan yang mengatakan kerajaan PN gagal disebabkan anggota Jemaah Menterinya adalah tidak berasas.

PETALING JAYA: Meskipun menerima pelbagai kritikan dan datang daripada parti yang bertelagah, barisan Jemaah Menteri hari ini bekerja sebagai satu kerajaan dan “paling tenang” berbanding sebelum ini, kata Menteri Wilayah Persekutuan Annuar Musa.

Beliau berkata, kerajaan pada masa ini telah membuat ketetapan untuk tidak fokus soal politik, sebaliknya menjadikan Covid-19 dan nyawa rakyat sebagai tumpuan utama.

“Kerajaan yang ada pada hari ini, meskipun pelbagai kritikan diterima saya rasa (Jemaah Menteri) ini paling tenang (berbanding) yang terdahulu,” kata beliau menurut laporan Sinar Harian.

Katanya, dakwaan yang mengatakan kerajaan Perikatan Nasional (PN) gagal disebabkan anggota Jemaah Menterinya dilihat tidak berasas kerana sehingga hari ini ia masih konsisten dalam memelihara kesejahteraan rakyat dan negara.

“Walaupun datang daripada luar parti yang bertelagah, tetapi dari segi bekerja sebagai satu kerajaan saya boleh katakan tiada pun satu insiden yang berlaku seperti pertengkaran, percanggahan pendapat dalam bentuk yang orang kata macam krisis yang kita tengok di luar.

“Meskipun (Jemaah Menteri) PN berfungsi dalam keadaan yang tidak ideal susulan ‘berkeceramuk’ kerana datang daripada pelbagai pemimpin parti yang tidak sehaluan sebelum ini, namun ia dapat berfungsi dengan baik,” katanya.

Tambah beliau, setiap Rabu, mesyuarat Jemaah Menteri yang diadakan akan berbincang secara harmoni dengan satu matlamat, iaitu mengatasi krisis kesihatan, ekonomi dan sebahagian isu politik. - FMT



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Malaysians Must Know the TRUTH

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!




No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.