Hi! Welcome Back and Stay Tune! Kelantan peruntuk RM4.5 juta bantu ibu tunggal terkesan PKP - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Kelantan peruntuk RM4.5 juta bantu ibu tunggal terkesan PKP


 

RM100,000 diperuntukkan bagi setiap kawasan DUN di Kelantan bagi membantu golongan ibu tunggal. (Gambar Facebook)

KOTA BHARU: Kerajaan Kelantan memperuntukkan RM4.5 juta tahun ini bagi membantu golongan ibu tunggal, terutamanya yang terkesan susulan pelaksanaan sekatan pergerakan penuh atau Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0.

Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Keluarga dan Wanita negeri Mumtaz Md Nawi berkata, RM100,000 diperuntukkan bagi setiap kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) untuk tujuan berkenaan.

“Bagi RM50,000 pertama, kami telah selesai mengagihkan dalam siri pertama, seterusnya bagi siri kedua akan mula diagihkan selepas Jun,” katanya kepada pemberita selepas melawat Pusat Pemberian Vaksin (PPV) sementara di Masjid Al-Sultan Ismail Petra, Kubang Kerian, semalam.

Mengulas lanjut, Mumtaz berkata, kerajaan negeri juga komited memastikan setiap golongan yang terkesan PKP turut mendapat bantuan sepanjang tempoh negara dilanda wabak Covid-19.

Beliau berkata antaranya, kerajaan negeri turut memperuntukkan RM20,000 sebagai bantuan kepada anak-anak yatim.

“Sementara itu, (melalui) Bantuan Jejak Amal Covid Komuniti (JACK), golongan ketua keluarga berpendapatan dalam bentuk gaji harian, akan diberikan sumbangan barangan keperluan asas bernilai RM50.

“Di samping itu, sejumlah RM10,000 bagi siri kedua Bantuan Cakna Hawa, iaitu (bagi) golongan wanita berpendapatan rendah yang mendapat gaji harian, akan diagihkan kepada setiap DUN selepas Jun,” katanya.

Ditanya mengenai permohonan bantuan ketika pelaksanaan PKP tahun lalu dan tahun ini, beliau berkata, ia dilihat meningkat memandangkan ramai penduduk Kelantan yang merantau pulang ke negeri berkenaan berikutan kehilangan pekerjaan. - FMT



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Malaysians Must Know the TRUTH

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!




No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.