Hi! Welcome Back and Stay Tune! Pemandu lori melecur dalam kejadian gas oksigen bocor di HKL - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Pemandu lori melecur dalam kejadian gas oksigen bocor di HKL


 

Kebocoran paip penyambungan daripada lori tangki ke sistem penyimpanan oksigen di Blok Kejuruteraan HKL menyebabkan kawasan itu dilitupi kepulan asap berwarna putih. (Gambar Facebook)

PETALING JAYA: Seorang pemandu lori melecur di tangan kiri dalam kejadian kebocoran gas oksigen di Blok Kejuruteraan, Hospital Kuala Lumpur (HKL) semalam.

“Lelaki yang mengalami kecederaan melecur itu dihantar ke unit kecemasan HKL untuk mendapatkan rawatan,” kata Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Kuala Lumpur.

Dalam kejadian petang semalam, kebocoran paip penyambungan daripada lori tangki ke sistem penyimpanan oksigen di Blok Kejuruteraan HKL menyebabkan kawasan itu dilitupi kepulan asap berwarna putih.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi JBPM Kuala Lumpur berkata, beberapa jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Titiwangsa dan BBP Jalan Tun Razak dengan kekuatan 17 anggota dikejarkan ke lokasi kejadian sebaik pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 6.13 petang.

“Kejadian berpunca daripada paip penyambungan daripada lori tangki berkapasiti 7000 liter yang membawa bekalan gas oksigen berkenaan, bocor semasa melakukan kerja-kerja mengisi bekalan gas oksigen ke tangki di hospital itu,” katanya. - FMT



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Malaysians Must Know the TRUTH

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!




No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.