Nelayan selamat gadis terjun Jambatan Sultan Abdul Halim
PETALING JAYA: Seorang gadis yang terjun dari Jambatan Sultan Abdul Halim, George Town, Pulau Pinang, diselamatkan nelayan yang kebetulan berada di lokasi berdekatan.
Kejadian pada 7.15 malam di Kilometer 14.1 jambatan itu membabitkan gadis berusia 24 tahun.
Jurucakap bomba Bayan Baru berkata, pemeriksaan di tempat kejadian menemui sebuah kereta Proton Wira dan beberapa barang peribadi dipercayai milik gadis berkenaan di dalamnya, menurut laporan Utusan Malaysia.
“Mangsa yang diselamatkan dibawa oleh nelayan ke Jeti Pengkalan Marin Batu Uban sebelum diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut,” katanya. - FMT
✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Malaysians Must Know the TRUTH
🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻♀️ Enjoy Surfing!
Post a Comment