Hi! Welcome Back and Stay Tune! Segerakan sidang Parlimen secara kendiri, gesa Pejuang - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Segerakan sidang Parlimen secara kendiri, gesa Pejuang


 

Setiausaha Agung Penaja Pejuang, Amiruddin Hamzah berkata, sidang Parlimen secara kendiri perlu diadakan segera untuk Ahli Parlimen membahas dan memutuskan tindakan perlu bagi membawa negara keluar daripada krisis kesihatan, politik, ekonomi dan sosial. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA: Pejuang menggesa sidang Dewan Negara dan Dewan Rakyat dijalankan segera secara kendiri dengan mematuhi syarat ketat pencegahan Covid-19 seperti yang diadakan tahun lalu.

Setiausaha Agung Penaja Pejuang, Amiruddin Hamzah berkata, sidang Parlimen boleh diadakan segera kerana ahli Dewan Negara dan Dewan Rakyat sudah divaksin.

Beliau membandingkan sidang Parlimen pada tahun lalu yang berjaya dilaksanakan tanpa sebarang jangkitan atau kluster Parlimen tercetus, walaupun Ahli Parlimen belum divaksin ketika itu.

“Sidang Parlimen haruslah dilaksanakan segera secara kendiri bagi memenuhi tanggungjawab Ahli Parlimen membahas dan memutuskan tindakan perlu bagi membawa negara kita keluar daripada krisis-krisis kesihatan, politik, ekonomi dan sosial,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Terdahulu, Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Azhar Azizan Harun dan Yang di-Pertua Dewan Negara, Rais Yatim dilaporkan berkata, sidang Parlimen secara hibrid boleh diadakan sekitar akhir Ogos atau selewat-lewatnya minggu pertama September.

Sehubungan itu, satu sidang khas Parlimen dicadangkan pada awal Ogos bagi memperincikan resolusi yang perlu diterima pakai berkaitan peraturan mesyuarat dan perkara teknikal berkaitan. - FMT



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Malaysians Must Know the TRUTH

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!




No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.