Hi! Welcome Back and Stay Tune! Berhati-Hati Dengan Fail Pemasangan Windows 11 Palsu – Diedar Bersama Perisian Hasad - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Berhati-Hati Dengan Fail Pemasangan Windows 11 Palsu – Diedar Bersama Perisian Hasad


Windows 11 adalah sistem operasi terbaru Microsoft yang masih pada peringkat pembangunan, dan dijangka ditawarkan dalam bentuk versi akhir pada penghujung 2021 ini.

Apa pun, pihak Microsoft sedia menawarkan ia untuk diuji melalui Windows Insiders. Pada masa yang sama, tidak ketinggalan adalah penawaran fail-fail ISO untuk Windows 11 yang diedarkan melalui pelbagai laman.

Terbaru, mengikut semakan Kaspersky, ia didapati fail hasad turut diedar bersama dengan fail yang diperkatakan sebagai Windows 11 di arena web.

Fail pemasangan berkenaan turut hadir dengan pelbagai pemuat-turun lain yang menjalankan pelbagai perisian hasad berbahaya kepada pengguna.

Orang ramai diminta berhati-hati dengannya, dan hanya mendapatkan fail pemasangan Windows 11 melalui laman rasmi Microsoft – yang mana ia sedia ditawarkan secara percuma oleh Microsoft.



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!



No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.