Face ID Dijangka Hadir Ke Mac, iPhone Dan iPad Dalam Beberapa Tahun Lagi
Face ID merupakan ciri pengecaman wajah yang digunakan oleh Apple untuk tujuan pengesahan pada beberapa model iPhone terbaru. Ia menggantikan pengecaman berasaskan imbasan cap jari, dan memfokuskan kepada imbasan wajah bagi mengesahkan sesuatu transaksi, ataupun pengesahan untuk log masuk peranti.
Terbaru, mengikut perkongsian buletin mingguan di Bloomberg, ia dikatakan yang mana ciri Face ID akan diperluaskan ke Mac dalam beberapa tahun lagi.
Perkongsian sama mengatakan semua model iPhone – termasuk iPhone SE, selain semua model IPad turut akan mengintegrasikan ciri Face ID berkenaan.
Pada masa yang sama, integrasi kamera disebalik skrin dijangka akan memudahkan lagi implementasinya – disamping mengurangkan kos berbanding pada hari ini yang memerlukan penggunaan takuk bagi menyertakan sejumlah sensor tambahan.
Dengan integrasi Face ID pada Mac, ia akan merapatkan lagi perbezaan antara peranti mudah-alih dan komputer yang ditawarkan oleh Apple.
Desas-desus berkaitan integrasi Face ID pada Mac bukan sesuatu yang baharu, malah kod implementasi awalnya telah kedengaran sebelum ini. Berkemungkinan Apple perlu merancang kembali jadual pembangunan mereka disebabkan oleh kekurangan semikonduktor disebabkan oleh pandemik yang menimpa sejak 2020 lepas.
✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz
🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻♀️ Enjoy Surfing!
Post a Comment