Hi! Welcome Back and Stay Tune! Microsoft Edge 92 Menghalang Media Dimainkan Automatik Ketika Melayari Web - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Microsoft Edge 92 Menghalang Media Dimainkan Automatik Ketika Melayari Web


Microsoft Edge 92 merupakan pelayar web yang dibangunkan Microsoft, berasaskan kepada kod Chromium. Terbaru, mereka telah pun menawarkan versi Edge 92 kepada semua pengguna.

Menariknya bersama-sama pengenalan Edge 92 adalah sejumlah ciri-ciri menarik, termasuk salah satunya adalah mengehadkan media dimainkan automatik ketika melayari web.

Seperti ramai sedia maklum, terdapat beberapa web yang memainkan audio atau video secara automatik. Perkara ini tidak disukai sejumlah pengguna, dan Edge 92 mengatasi perkara berkenaan.

Apa pun, Edge 92 sekadar mengehadkan dan bukan menghalangnya. Ini bermakna, sekiranya anda pernah berinteraksi dengan pemain media pada laman berkenaan dan membenarkannya – maka ia akan menjadi pilihan automatik pada masa akan datang.

Sebagai contoh, sekiranya anda benarkan media dimainkan di laman YouTube, maka ia tidak akan menghalang video dimainkan automatik di YouTube pada kunjungan seterusnya.

Bagi anda, adakah anda akan menyukai ciri ini atau sebaliknya?



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!



No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.