Hi! Welcome Back and Stay Tune! DJI Pocket 2 Dalam Warna Putih Akan Ditawarkan Di Malaysia Bermula Minggu Ini - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

DJI Pocket 2 Dalam Warna Putih Akan Ditawarkan Di Malaysia Bermula Minggu Ini


DJI Pocket 2 merupakan salah satu kamera kompak yang boleh dibawa kemana-mana dengan mudah. Ditawarkan di Malaysia sejak 1 November lepas, DJI Pocket 2 ditawarkan pada harga RM1549.

Selepas ditawarkan dalam pilihan warna hitam sahaja sebelum ini, kini pihak DJI Malaysia turut mengumumkan bakal menawarkan variasi berwarna putih bermula 8 Julai 2021 ini – secara eksklusif melalui laman atas-talian.

DJI Pocket 2 hadir dengan sensor 64-megapixel, dan mampu merakamkan video pada resolusi 4K 60p. Ia turut dilengkapi ciri rakaman video HDR, selain mampu zum 4x nirhilang.

DJI Pocket 2 ini terkenal kerana hadir dengan sokongan gimbal tiga paksi yang memastikan rakaman video sentiasa stabil, selain mana ia mampu disimpan dalam saku seluar pengguna dengan mudah.

Bagi anda yang berminat dengan DJI Pocket 2 ini, boleh menyemak penawaran berwarna putih ini bermula esok di Malaysia.



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!



No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.