Hi! Welcome Back and Stay Tune! Kontrak $10 Bilion Microsoft Untuk Program Pengkomputeran Awanan JEDI Dibatalkan Pentagon - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Kontrak $10 Bilion Microsoft Untuk Program Pengkomputeran Awanan JEDI Dibatalkan Pentagon


Pentagon hari ini membatalkan kontrak bernilai $10 bilion yang diberikan kepada Microsoft pada tahun 2019 untuk sistem pengkomputeran awanan JEDI bagi tujuan ketenteraan. Keputusan diambil selepas mengambil kira rungutan dari Amazon yang mendakwa Presiden Trump memberikan tekanan kepada Pentagon untuk menganugerahkan kontrak kepada Microsoft dan ini dilihat sebagai tindakan yang tidak adil.

Ketika proses bidaan masih dijalankan, Presiden Trump berbalah dengan Jeff Bezos kerana perbezaan pendapat serta akhbar Washington Post milik manusia terkaya dunia kerap mengkritik pentadbiran beliau. Dengan kontrak JEDI dibatalkan, program baharu Joint Warfighter Cloud Capability pula diumumkan sebagai ganti.

Program Joint Enterprise Defense Infrastructure (JEDI) menawarkan perkhidmatan awanan kepada Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat (DoD). Selain Amazon, syarikat yang berminat menawarkan perkhidmatan mereka ialah Google, Microsoft, Oracle dan REAN Cloud. Google kemudian menarik diri selepas kakitangan melakukan protes keluar beramai-ramai dari pejabat kerana kontrak ketenteraan dilihat menyimpang dari nilai syarikat.



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!



No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.