Graduan Pertama Jurusan Esukan Akan Mula Bekerja Di China Tahun Ini
Pada tahun 2021, esukan kini dilihat sebagai kerjaya sebenar dengan beberapa eatlet tanah air mual dikenali ramai. Malahan kerjaya menjadi penstrim yang tidak wujud lima tahun yang lalu kini dilihat sebagai kerjaya alternatif kalis pandemik. Di China, Kementerian Pelajar negara tersebut telah memandang serius potensi esukan sebagai kerjaya sejak 2016. Pada tahun yang sama 30 universiti di China mula menawarkan kursus kepada pelajar yang berminat dan tahun ini lulusan pertama akan memulakan kerjaya mereka.
Dianggarkan terdapat 500,000 ruang kerja yang untuk graduan lulusan esukan di China dan ia dijangka meningkat ke 3.5 juta menjelang 2026. Industri esukan di China sahaja dianggarkan menjana pendapatan RMB 45 bilion (~RM28.9 bilion) tahun lalu.Apakah yang di tawarkan di universiti China untuk jurusan esukan di China? Kebanyakannya ialah dari sudut pengurusan dengan lebih 18,000 syarikat esukan berdaftar di negara tersebut.
Sebagai antara kuasa besar esukan dunia, China lebih awal menyedari potensinya sedangkan masih ada masyarakat memandang serong kerjaya dalam industri ini. Untuk menjadikan esukan kerjaya yang profesional, tenaga kerja profesional perlu juga dihasilkan. Persoalannya ialah jika kursus yang sama ditawarkan di universiti tempatan, adalah anda terbuka untuk menjadi pelopornya?
Sumber Global Times
✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz
🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻♀️ Enjoy Surfing!
Post a Comment