Honor Malaysia Akan Lancar Portal Edagang Dan Komuniti Baharu Pada Ogos 2021
Selari dengan perkongsian berkaitan dengan sokongan jaminan untuk peranti, pihak Honor Malaysia juga kini mengumumkan mereka akan memperkenalkan portal edagang baharu, dan halaman khas untuk komuniti Honor pada Ogos 2021 kelak.
Selari dengannya, untuk mereka yang sedia mendaftar sebelum ini, Honor turut mengatakan data peribadi akan dipindahkan kpeada Honor Malaysia daripada Huawei Malaysia sebelum ini.
Apa pun, pada masa yang sama, Honor mengesahkan yang mana Huawei Malaysia akan terus menyimpan data dari kategori tertentu untuk memenuhi tujuan data tersebut dikumpul, dan mengikut undang-undang.
Honor mengatakan, sebaik laman Honor Malaysia beroperasi kembali, mereka akan menjalani aktiviti edagang dan komuniti melalui laman terbaharu berkenaan kelak.
Untuk makluman, sebelum ini Honor telah diasingkan menjadi entiti dan syarikat tersendiri, dan tidak lagi beroperasi dibawah Huawei seperti sebelum-sebelum ini.
✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz
🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻♀️ Enjoy Surfing!
Post a Comment