Hi! Welcome Back and Stay Tune! Oppo Kini Menawarkan Oppo Reno5 F x MK K-Clique Pada Harga RM1199, Oppo Reno5 x Phei Yong Pada Harga RM1699 - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Oppo Kini Menawarkan Oppo Reno5 F x MK K-Clique Pada Harga RM1199, Oppo Reno5 x Phei Yong Pada Harga RM1699


Oppo hari ini telah mengumumkan penawaran dua telefon pintar edisi terhad dengan kerjasama personaliti tempatan, iaitu Phei Yong dan juga MK K-Clique.

Yang pertama adalah Oppo Reno5 F x MK K-Clique yang mana ditawarkan pada harga RM1199, sementara Oppo Reno5 x Phei Yong ditawarkan pada harga RM1699

Masing-masing menawarkan peranti Oppo Reno5 F dan juga Oppo Reno5 – tetapi dengan sejumlah penambahan – termasuk sebuah kotak khas yang ditandatangani personaliti berkenaan dan sebuah kerangka yang bercahaya ketika gelap.

Disamping itu, pembelian ini juga akan menawarkan Powerbank 10000, dan juga kredit Touch n Go eWallet sebanyak RM20 atau baucar KFC sebanyak RM20.

Oppo Reno5 F telah diperkenalkan di Malaysia pada bulan April lepas, hadir dengan skrin 6.43-inci AMOLED dengan resolusi FHD+, dijana cip MediaTek Helio P95, memori 8GB RAM, storan 128GB, dan dilengkapoi bateri 4310mAh dengan pengecasan pantas 30W. Melengkapkan ia juga adalah kamera utama 48-megapixel.

Oppo Reno5 5G hadir dengan skrin 6.4-inci AMOLED FHD+ pada kadar segar semula 90Hz, menggunakan cip Snapdragon 765G (7nm), memori 8GB RAM, storan dalaman 128GB dan bateri sebesar 4,300mAh bersama pengecasan pantas 65W. Melengkapkan ia adalah kamera utama terdiri dengan 64-Megapixel (utama) + 8-Megapixel (Sudut-Lebar) + 2-Megapixel (macro) + 2-Megapixel (mono). Sementara, kamera hadapan pula sebesar 32-Megapixel.

Peranti edisi terhad ini akan ditawarkan sehingga 18 Julai kelak, dan lima pembeli bertuah untuk setiap edisi berpeluang menemui personaliti berkenaan.

Bagi anda yang berminat, boleh mendapatkan Oppo Reno5 F x MK K-Clique pada harga RM1199, sementara Oppo Reno5 x Phei Yong pada harga RM1699.



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!



No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.