Hi! Welcome Back and Stay Tune! Huawei MatePad 11 Akan Dilancarkan Di Malaysia Pada 27 Julai Ini - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Huawei MatePad 11 Akan Dilancarkan Di Malaysia Pada 27 Julai Ini


Masih ingat dengan artikel mengenai pengenalan Huawei MatePad 11 ketika acara Huawei Pack Summer Product Launch tempoh hari? Ketika itu, Huawei telah mengesahkan bahawa ianya akan ditawarkan di Malaysia. Tetapi, mereka langsung tidak berkongsi sebarang informasi berkaitan ketersediaan. Setelah sekian lama menjadi tanda-tanya, nampaknya hari ini jawapannya mula diperlihatkan.

Di mana, Huawei MatePad 11 akan dilancarkan secara rasminya di Malaysia pada minggu hadapan – iaitu 27 Julai 2021. Bercakap mengenainya, ia merupakan tablet terawal keluaran Huawei yang menyokong skrin dengan kadar segar semula 120Hz. Tablet ini juga menjalankan sistem operasi HarmonyOS 2.0 sama seperti yang digunakan pada Huawei MatePad Pro 12.6-inci.

Untuk spesifikasi khusus, Huawei MatePad 11 dilengkapi skrin bersaiz 11-inci TFT LCD (IPS) LCD dengan resolusi 2560 x 1600 (WQXGA). Ia juga kemudiannya dipadankan dengan cip Snapdragon 865, bateri 7250mAh kamera swafoto 8-megapixel di hadapan dan kamera belakang 13-megapixel. Tidak ketinggalan, ia turut menyokong aksesori tambahan seperti stylus terkini Huawei M Pencil generasi kedua dan papan kekunci Smart Magnetic Keyboard baharu.

Seiring pengenalannya, Huawei turut berkongsi perancangan untuk memperluaskan lagi penawaran rangkaian komputer riba di bawah siri Huawei MateBook. Melaluinya, mereka akan memperkenalkan Huawei MateBook D15 dengan cip pemprosesan Intel Core i5 generasi ke-10 atau Intel Core i5 generasi ke-11 dengan sokongan 8GB RAM.

Seterusnya. terdapat juga Huawei MateBook 14 dengan siri CPU AMD Ryzen 4000H dan Huawei D14 dengan cip pemprosesan Intel Core i3 Generasi ke-10. Namun begitu, harga jualan untuk tablet dan komputer riba ini masih belum diumumkan lagi. Kami di Amanz akan mengemaskini mengenainya selepas ia diumumkan secara rasmi kelak.



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!



No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.