Hi! Welcome Back and Stay Tune! Perlis yakin beralih ke Fasa Tiga PPN tidak lama lagi, kata MB - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Perlis yakin beralih ke Fasa Tiga PPN tidak lama lagi, kata MB


 

Azlan Man berkata, tahap vaksinasi di negeri itu telah mencapai 36.1% ketika ini dan memerlukan sekitar 3.9% bagi beralih ke Fasa Tiga. (Gambar Bernama)

KANGAR: Perlis yakin ia akan beralih ke Fasa Tiga Pelan Pemulihan Negara (PPN) tidak lama lagi, berikutan tahap vaksinasi di negeri itu telah mencapai 36.1% ketika ini.

Menteri Besar Perlis Azlan Man menerusi hantaran di laman Facebook miliknya berkata Perlis masih perlukan sekitar 3.9% kadar vaksinasi penduduk dewasa bagi membolehkan ia beralih ke Fasa Tiga PPN.

Sebelum ini kerajaan menetapkan bagi membolehkan Fasa Dua PPN beralih ke Fasa Tiga, nilai ambang yang ditetapkan adalah usaha vaksinasi dua dos perlu mencapai kadar 40 peratus, penggunaan ICU di tahap selamat, dan kes harian Covid-19 berada di bawah angka 2,000.

Sementara itu, beliau berkata pada sidang Khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) secara maya yang dipengerusikan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini telah membuat beberapa keputusan penting berkaitan PPN yang melibatkan negeri-negeri yang berada di Fasa Dua PPN.

“Saya juga telah mengesyorkan supaya semua sektor peruncitan di seluruh Malaysia dibenarkan beroperasi semula termasuklah kedai makan, restoran, gerai makan dan lain-lain lagi, bagaimanapun syaratnya semua petugas dan pelanggan setiap premis runcit mestilah telah menerima dua dos vaksinasi selain mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ketat,” katanya.

Perlis merupakan antara lapan negeri yang telah beralih ke Fasa Dua PPN setakat ini selain Perak, Pahang, Kelantan, Terengganu, Pulau Pinang, Sabah dan Sarawak. - FMT



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Malaysians Must Know the TRUTH

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!




No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.