Hi! Welcome Back and Stay Tune! Pesakit buah pinggang cetus Kluster Angsana di Sabah - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Pesakit buah pinggang cetus Kluster Angsana di Sabah


 

Masidi Manjun berkata pesakit wanita berusia 66 tahun yang menjalani rawatan dialisis di Jalan Lintas, Kepayan dikesan positif menerusi saringan bergejala pada 10 Julai lalu. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA: Seorang pesakit buah pinggang dikesan menjadi punca tercetusnya satu lagi kluster baharu di Sabah selepas menjalani rawatan di pusat dialisis swasta.

Kluster Angsana itu dilaporkan menyebabkan jangkitan dalam komuniti yang dikesan berlaku di daerah Papar.

Menurut jurucakap perkembangan harian Covid-19 Sabah Masidi Manjun, pesakit wanita berusia 66 tahun yang menjalani rawatan dialisis di Jalan Lintas, Kepayan itu dikesan positif menerusi saringan bergejala pada 10 Julai lalu.

Katanya, sebanyak 29 daripada 77 sampel diambil dikesan positif dan ia turut membabitkan tujuh kes baharu semalam.

“Ia termasuk kontak rapat di Kampung Seberang Benoni, Kampung Takis, Kampung Surati dan Taman Aman Suria di Papar.

“Sebanyak 48 sampel pula didapati negatif manakala 19 lagi masih menunggu keputusan. Kita masih giat menjalankan pengesanan kontak rapat, kawalan penularan penyakit, disinfeksi dan siasatan punca jangkitan,” katanya dalam satu kenyataan menurut Harian Metro.

Dalam perkembangan sama, beliau berkata Sabah mengesan satu lagi kluster iaitu Kluster Pauh di Kinabatangan membabitkan pekerja ladang warga Indonesia berusia 21 tahun.

Katanya, lelaki berkenaan didapati positif hasil saringan kemasukan ke ladang di Pejabat Kesihatan Kawasan Beluran pada 12 Julai lalu.

“Saringan itu mendapati keputusan kes indeks positif dan telah dirujuk ke Hospital Duchess Of Kent Sandakan untuk rawatan lanjut,” katanya. - FMT



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Malaysians Must Know the TRUTH

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!




No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.