Hi! Welcome Back and Stay Tune! Huawei Memperkenalkan Petal Mail – Aplikasi Dan Perkhidmatan Emel Tersendiri - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Huawei Memperkenalkan Petal Mail – Aplikasi Dan Perkhidmatan Emel Tersendiri


Kita sedia maklum yang Huawei perlu berusaha menjaga hati peminat setia, pengguna sedia ada dan pengguna yang telah meninggalkan mereka. Disebabkan itu mereka bangunkan HMS, Harmony OS dan pelbagai aplikasi Petal. Baru sahaja kami laporkan yang Huawei telah hadir dengan HMS Core 6.0. Terkini, Huawei telah hadir pula dengan aplikasi Petal baharu- iaitu Petal Mail.

Melalui Petal Mail, ia bukan sahaja satu lagi aplikasi emel. Tetapi juga adalah perkhidmatan emel baharu mereka tersendiri. Petal Mail menawarkan alamat emel <nama>@petalmail.com. Dalam ujian yang saya lakukan, Petal Mail adalah aplikasi emel yang sangat asas sambil cuba mimik antaramuka Mail daripada Apple. Ia juga mempunyai tema warna yang akan mengingatkan anda kepada GMail dengan rekaan keseluruhan lebih ringkas dan minimaslis.

Huawei sudah ada pelbagai aplikasi tersendiri sebagai alternatif kepada aplikasi Google. Berikut adalah antara yang ditawarkan Huawei;

  • Huawei AppGallery
  • Huawei Browser
  • Huawei Cloud
  • Huawei Themes
  • Huawei Music
  • Huawei Video
  • Huawei Reader

Petal Mail adalah perkhidmatan dan aplikasi emel percuma. Anda boleh muat turun aplikasi ini di Huawei App Gallery.



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!



No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.