Nokia Memfailkan Saman Terhadap Oppo Kerana Pelanggaran Paten
Nokia kini dilaporkan memfailkan saman terhadap Oppo disebabkan oleh pelanggaran beberapa paten.
Seperti ramai sedia maklum, paten memainkan peranan penting dalam arena teknologi. Sejumlah syarikat melesenkan paten mereka kepada pihak lain bagi membolehkan penggunaan sesuatu teknologi, dan menjana pendapatan melaluinya.
Nokia dan Oppo sebelum ini sedia bekerjasama dalam melesenkan paten. Namun, ia dilihat perlesenan berkenaan telah luput, dan Oppo tidak memperbaharui perlesenan berkenaan.
Untuk makluman, Nokia sedia mempunyai sejumlah paten yang meliputi rangkaian, sekuriti dan juga antaramuka.
Sejumlah syarikat sedia melesenkan paten daripada Nokia, termasuk antaranya adalah Samsung, Apple, Xiaomi, Huawei, Lenovo dan sebagainya.
Seperti biasa, sama-sama kita nantikan perkembangan lanjut berkaitan pemfailan saman ini, dan apakah tindakan lanjut Oppo berkaitan dengannya.
✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz
🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻♀️ Enjoy Surfing!
Post a Comment