Hi! Welcome Back and Stay Tune! OnePlus Buds Pro Turut Diumumkan Dengan Ketahanan Bateri Sehingga 38 Jam - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

OnePlus Buds Pro Turut Diumumkan Dengan Ketahanan Bateri Sehingga 38 Jam


Seiring pengenalan OnePlus Nord 2 5G, jenama ini turut mengemaskini rangkaian aksesori audio dengan penawaran produk terkini. Melaluinya, OnePlus Buds Pro telah diumumkan dan fon telinga ini merupakan pengganti kepada model OnePlus Buds sebelum ini.

Dari segi rekaan, ia menampilkan gabungan rekaan fon jenis dalam telinga bertangkai bersama pod pengecas yang berbentuk empat segi. Melaluinya, ia turut hadir dengan warna Matte Black yang dipadankan dengan kemasan berkilat pada bahagian tangkai dan kemasan matte pada bahagian lain. Sementara itu, terdapat juga warna Glossy White yang menampilkan gabungan warna putih dan kelabu.

Seterusnya, ia turut dilengkapi sepasang pemandu audio bersaiz 11mm, sokongan Adaptive Noise Cancellation (ANC), tiga mikrofon yang mampu mengurangkan bunyi hingar sehingga 40dB secara automatik dan mod permainan dengan latensi 94ms. Tidak ketinggalan, ia juga mampu beroperasi sehingga 38 jam berterusan jika ANC dimatikan. Jika sebaliknya, ia boleh bertahan maksimum 23 jam dengan pod pengecas. Di samping itu, ia diiklankan mampu untuk menawarkan masa main balik selama 5 jam dengan ANC dihidupkan atau mencapai 7 jam tanpanya.

Lain-lain spesifikasi termasuk – penarafan rintangan air IP55, tambatan pantas OnePlusFast Pair, Bluetooth 5.2, pengecasan berwayar menerusi port USB-C dan pengecasan nirwayar menggunakan format Qi. OnePlus Buds Pro dijual pada harga €149 (~RM741).



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!



No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.