Hi! Welcome Back and Stay Tune! Polis Selangor terima 220 kes pemerasan, ugutan sebar video lucah sejak Januari - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Polis Selangor terima 220 kes pemerasan, ugutan sebar video lucah sejak Januari


 

Ketua Polis Selangor Arjunaidi Mohamed berkata 54 kes melibatkan sindiket mencari kenalan melalui laman sosial sehingga memperdaya mangsa membuat aksi lucah semasa sedang bersiaran secara langsung (live) tanpa mengetahui aksi mereka dirakam.

SHAH ALAM: Polis Selangor menerima 220 kes membabitkan pemerasan dan ugutan menyebarkan video dan gambar bogel serta lucah melalui media sosial dalam tempoh enam bulan pertama tahun ini, melibatkan kerugian antara RM3,000 hingga RM50,000.

Ketua Polis Selangor Arjunaidi Mohamed berkata berdasarkan rekod dari Januari hingga Jun lepas itu, 54 kes melibatkan sindiket mencari kenalan melalui laman sosial sehingga memperdaya mangsa membuat aksi lucah semasa sedang bersiaran secara langsung (live) tanpa mengetahui aksi mereka dirakam.

“Sebanyak 29 kes melibatkan kenalan kepada mangsa seperti bekas suami atau teman lelaki manakala selebihnya membabitkan individu yang tidak dikenali menghantar video bukan milik mangsa untuk mengganggu mereka,” katanya dalam kenyataan semalam.

Mengulas lanjut, Arjunaidi berkata sindiket pemerasan itu akan memperdaya mangsa sama ada lelaki dan wanita dalam lingkungan usia 20-an hingga 60-an, bagi mendapatkan apa yang dimahukan.

Menurut beliau sindiket akan menggunakan platform antaranya Wechat; Facebook; WhatsApp; Line; Skype; laman web (GODATE2NIGHT), Locanto.asia dan lain-lain aplikasi yang memudahkan mangsa berkomunikasi serta diperdaya sehingga sanggup berbogel dan mengikut arahan yang diberikan.

“Sindiket akan merakamkan video serta gambar lucah mangsa supaya mereka boleh memeras ugut untuk menyebarkan kedua-dua item berkenaan jika tidak memberikan apa yang diminta,” katanya. - FMT



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Malaysians Must Know the TRUTH

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!




No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.