Hi! Welcome Back and Stay Tune! OnePlus Nord 2 5G Dilancarkan – Cip MediaTek Dimensity 1200-AI, Kamera 50MP Sony IMX766 - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

OnePlus Nord 2 5G Dilancarkan – Cip MediaTek Dimensity 1200-AI, Kamera 50MP Sony IMX766


OnePlus Nord2 5G telah diperkenalkan secara rasmi dalam sebuah acara pelancaran yang berlangsung sebentar tadi. Telefon pintar ini merupakan pengganti kepada model OnePlus Nord yang dilancarkan tahun lalu. Pada masa sama, ia juga merupakan telefon pintar terawal daripada OnePlus yang dikuasakan oleh cip pemproses daripada MediaTek.

Bercakap lebih lanjut mengenainya, OnePlus Nord2 5G menampilkan skrin 6.43-inci Fluid AMOLED FHD+ dengan kadar segar semula 90Hz. Di samping itu, paparannya juga menyokong piawaian warna HDR10+ yang boleh dimanfaatkan untuk kualiti maksimum sesebuah kandungan.

Seterusnya, ia turut dipadankan dengan cip MediaTek Dimensity 1200-AI, memori sehingga 12GB RAM dan storan dalaman sehingga 256GB (UFS3.1). Melaluinya, OnePlus memaklumkan bahawa ia menampilkan beberapa ciri berasaskan kecerdasan buatan (AI) untuk meningkatkan pengalaman penggunaan lebih baik.

Melengkapinya juga adalah sistem tri-kamera di belakang dengan tetapan 50-Megapixel (utama) yang menggunakan sensor Sony IMX766 bersama sokongan OIS. Ini juga adalah sensor sama yang boleh ditemui pada model OnePlus 9 sebelum ini. OnePlus turut mendakwa tiada penurunan kualiti gambar.

Tetapi, pasca-proses dan segala pemprosesan yang berkait dengan AI adalah kerjasama diantara OnePlus dan MediaTek. Sungguhpun begitu, pemprosesan antara MediaTek dan Qualcomm pastinya berbeza. Jadi, sama-sama kita nantikan kelak untuk melihat sendiri bagaimana kualitinya.

Seterusnya, ia turut diikuti dengan dua lagi sensor lain seperti 8-Megapixel (sudut ultra-lebar) dan 2-Megapixel (mono). Kamera hadapan pula sebesar 32-Megapixel. Bateri yang disertakan adalah sebesar 4,500mAh dengan sokongan pengecasan 65W Warp Charge. Melaluinya, ia menjanjikan pengecasan penuh dalam hanya 15 minit sahaja.

Lain-lain spesifikasi termasuklah – pembesar suara stereo, OxygenOS 11.3, Wi-Fi6 dan lain-lain. OnePlus Nord2 tersedia dalam beberapa pilihan warna menarik seperti Greay sierra, Blue Haze dan Green Woods. Untuk harga, telefon pintar ini dijual di India bermula Rs.27,999 (~RM1,588), sementara itu di pasaran Eropah pula bermula €399 (~RM1,986).



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!



No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.