Hi! Welcome Back and Stay Tune! Perisian Hasad Pegasus Sekali Lagi Didakwa Mengintip Peranti Milik Ribuan Wartawan Dan Aktivis Hak Asasi Manusia - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Perisian Hasad Pegasus Sekali Lagi Didakwa Mengintip Peranti Milik Ribuan Wartawan Dan Aktivis Hak Asasi Manusia


Perisian intipan Pegasus mula mendapat perhatian dunia selepas ia dikatakan digunakan oleh agensi perisikan Arab Saudi untuk menjejak pergerakan wartawan Jamal Khashoggi sebelum beliau dibunuh. NSO Group yang yang berpangkalan di Israel membangunkan perisian yang kemudiannya disaman oleh WhatsApp kerana menggunakan kerentenan aplikasi untuk mengintip.

Hacker Godam Papan Kekuncti

Walaupun mempunyai reputasi yang buruk, Pegasus masih digunakan oleh kerajaan dan agensi risikan yang ingin mengintip wartawan serta aktivis yang ingin mendedahkan aktiviti mereka.Terkini menurut laporan Guardian dan Washington Post, ribuan peranti milik wartawan, aktivis hak asasi manusia, ketua agama, menteri, presiden, ahli NGO dan ahli perniagaan telah menjadi mangsa perisian intipan Pegasus ini.

Siasatan dalaman 17 agensi berita seperti Al Jazeera. Associated Press, Bloomberg News, CNN, Financial Times, Le Monde,New York Times,  Voice of America, Wall Street Journal,  danWashington Post mendapatui 180 wartawan mereka menjadi mangsa Pegasus. Ini menimbulkan kerisauan mengenai ancaman ke atas hak asasi manusia apabila perisian intipan seperti Pegasus digunakan oleh kerajaan-kerajaan yang tidak menghormatinya.

Pihak NSO Group telahpun mengeluarkan kenyataan menyangkal laporan hari ini. Menurut mereka Pegasus hanya dijual kepada agensi risikan kerajaan, pihak tentera dan agensi penguatkuasaan undang-undang yang telah ditapis bagi memastikan perisian digunakan bagi tujuan yang dibenarkan sahaja.



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!



No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.