Spesifikasi Oppo Reno6 Z Diperlihatkan Sepenuhnya Sebelum Pelancaran Rasmi
Seperti yang diketahui umum, Oppo Reno6 Z akan dilancarkan secara rasmi pada 21 Julai ini dalam sebuah pelancaran yang bakal berlangsung di Thailand. Dalam pada itu, Oppo Malaysia juga sedang merancang untuk membawanya ke pasaran tempatan tetapi masih belum ada tarikh rasmi yang diumumkan.
Sungguhpun begitu, spesifikasi pada telefon pintar telah dikongsi lebih awal sebelum pelancaran rasmi. Melaluinya, Oppo Reno6 Z akan mempunyai skrin bersaiz 6.4-inci AMOLED dengan resolusi FHD+ (2400 x 1080 piksel) dan kadar segar semula standard. Ia seterusnya dipadankan juga dengan cip MediaTek Dimensity 800U, memori 8GB RAM, storan dalaman 128GB dan bateri berkapasiti 4310mAh yang menyokong pengecasan VOOC 4.0.
Tetapan kamera utam terdiri dengan tetapan 64-Megapixel (utama) + 2-Megapixel (sudut Ultra-lebar) + 2-Megapixel (makro). Kamera hadapan pula sebesar 32-Megapixel (f/2.4). Lain-lain spesifikasi termasuklah – pengimbas cap jari sisi, bluetooth 5.1, bicu audio 3.5mm, port sambungan USB Type-C dan lain-lain.
Oppo Reno6 Z akan didatangkan dalam dua pilihan warna seperti Stellar Black dan Aurora. Namun begitu, harga jualan untuk telefon pintar ini masih belum diumumkan lagi. Kami di Amanz akan mengemaskini mengenainya selepas ia diumukan secara rasmi kelak.
Sumber : Oppo Thailand
✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz
🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻♀️ Enjoy Surfing!
Post a Comment